24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Rusia cipta vaksin Covid-19 pertama, terima 1 bilion dos tempahan

Mesti Baca

MOSCOW – Presiden Vladimir Putin berkata, Rusia menjadi negara pertama di dunia meluluskan pendaftaran vaksin Covid-19 selepas kurang daripada dua bulan menjalankan uji kaji, langkah yang didakwa Moscow sebagai bukti kecekapan saintifiknya.

Agensi berita Reuters melaporkan, vaksin dinamakan sebagai Sputnik V bersempena nama satelit Soviet bagaimanapun masih perlu menjalani ujian terakhir.

Namun konglomerat Rusia, Sistema menjangkakan dapat mempercepatkan pengeluaran besar-besaran vaksin berkenaan akhir tahun ini.

Menurut sumber, kakitangan kesihatan Rusia yang merawat pesakit Covid-19 akan ditawarkan peluang menjadi sukarelawan yang diberikan vaksin itu dalam beberapa minggu lagi.

Ketua Dana Pelaburan Langsung Rusia, Kirill Dmitriev berkata, Rusia telah menerima tempahan asing sebanyak 1 bilion dos Sputnik V.

Perjanjian antarabangsa untuk mengeluarkan sebanyak 500 juta dos secara tahunan juga telah dicapai dan vaksin itu juga dijangka dikeluarkan di Brazil.

Advertisements

Katanya, ujian klinikal dijangka bermula tidak lama lagi di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Filipina.

Namun hanya 10 peratus ujian klinikal itu berjaya dan langkah Rusia mempercepatkan kelulusan vaksin sebelum ujian peringkat akhir bagi menguji keselamatan dan keberkesanannya membimbangkan beberapa saintis yang mendakwa Moscow mengutamakan prestij negara berbanding keselamatan.

VLADIMIR PUTIN

Putin yang menepis kebimbangan itu berkata, vaksin yang dibangunkan oleh Gamaleya Institue adalah selamat dan juga digunakan kepada seorang anak perempuannya.

“Saya tahu vaksin itu berkesan, membentuk imuniti kuat dan saya ulang, ia melepasi kesemua pemeriksaan diperlukan,” katanya.

Tambahnya, beliau berharap pengeluaran besar-besaran Sputnik V akan bermula tidak lama lagi.

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan