IPOH – Satu kemalangan ngeri membabitkan sebuah lori dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza, di Jalan Keramat Pulai menghala ke Cameron Highlands petang ini meragut nyawa tujuh penumpang manakala tiga lagi parah.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.55 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, kemalangan membabitkan sebuah lori dan sebuah Perodua Alza dan jumlah mangsa terbabit adalah seramai 10 orang.
“Jumlah mangsa terbabit dalam kemalangan ialah tujuh maut manakala tiga cedera. (Yang maut ialah) dua kanak kanak lelaki, (tiga) perempuan dewasa dan (dua) lelaki dewasa.
“Mangsa yang cedera pula membabitkan dua kanak kanak lelaki manakala satu lelaki dewasa cedera parah,” katanya yang dipetik Berita Harian.
Kata jurucakap itu, tindakan operasi penyelamatan sedang dijalankan di lokasi dan maklumat akan dikemas kini daripada semasa ke semasa.