24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Kembalikan polisi pinjaman penuh PTPTN – Pemuda UMNO

Mesti Baca

KUALA LUMPUR –  Kerajaan digesa untuk menyemak semula polisi pemberian pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ( PTPTN) secara berkadar kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) mengikut pendapatan isi rumah keluarga, kepada pinjaman penuh 100 peratus merangkumi yuran pengajian dan sara hidup.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang lalu telah menamatkan amalan pemberian pinjaman penuh ini dengan alasan kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan yang teruk. 

“Pemuda UMNO berpendapat polisi pinjaman PTPTN zaman PH harus segera ditamatkan dan dikembalikan pemberian pinjaman penuh 100% lebih-lebih lagi dalam keadaan rakyat bertambah susah lantaran terkesan dengan kegersangan ekonomi akibat penularan wabak Covid-19.

“Justeru, Pemuda UMNO sekali lagi berharap pihak Kerajaan khususnya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat mempertimbangkan gesaan ini bagi meringankan beban rakyat terutamanya puluhan ribu pelajar yang sedang dan bakal melanjutkan pengajian di peringkat tertinggi, sekali gus mampu memberikan pulangan pelaburan jangka panjang modal insan negara masa depan,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Advertisements

Asyraf Wajdi menjelaskan, bagi Pemuda UMNO, keputusan terdahulu oleh PH dibuat dengan tergesa-gesa, separuh masak dan tidak mengambil kira keupayaan sebenar rakyat yang selama ini mendapat banyak manfaat daripada polisi pinjaman PTPTN di zaman kerajaan Barisan Nasional (BN)

Sebagai contoh katanya, polisi PTPTN zaman PH memerintah langsung tidak memperkirakan bilangan anak yang sedang mengikuti pengajian di pelbagai IPT, walaupun pendapatan isi rumah telah melangkaui tahap kategori M40.

“Turut dibangkitkan dalam formulasi dasar pinjaman PTPTN oleh kerajaan adalah jumlah hutang PTPTN yang dikatakan mencecah RM40 billion setakat Mei 2019.

“Namun begitu, polisi menggalakkan  pembayaran balik pinjaman oleh graduan-graduan sentiasa diperkemas dan ditingkatkan pada era pentadbiran BN termasuklah penglibatan agensi-agensi Kerajaan yang lain seperti Jabatan Imigresen, LHDN, KWSP dan lain-lain sehingga mencatatkan peningkatan kutipan,” katanya. – Edisi9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan