26.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 8, 2023

PN siap sedia hadapi PRU mengejut – Abdul Hadi

Mesti Baca

MARANG – Kerajaan Perikatan Nasional (PN) bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sekiranya diadakan secara mengejut.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya tiada sebarang masalah untuk menghadapi pemilihan itu pada bila-bila masa.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, dalam usaha mengukuhkan kerajaan PN, mandat harus diberikan secara langsung kepada rakyat.

“Kita bersedia (hadapi PRU) bila-bila masa… (kita) perlu mendapat mandat secara langsung daripada rakyat, sekarang (kerajaan hari ini) dapat mandat daripada wakil rakyat..

“Ahli Parlimen pilihan rakyat telah membuat persetujuan sehingga kita mendapat simple majority untuk menubuhkan kerajaan PN, jadi supaya kerajaan lebih teguh perlu kepada mandat secara langsung daripada rakyat,” katanya yang dipetik Astro Awani.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah secara online di Masjid Rusila, di sini hari ini.

Sebelum ini, Pas memberi bayangan tiada pertandingan tiga penjuru pada PRU-15, sebaliknya hanya satu lawan satu bagi menentang pembangkang.

Selain itu, Abdul Hadi turut mendedahkan pemimpin parti dalam PN juga bersetuju untuk meletakkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri dalam PRU-15.

Baca juga:   PAS bekerjasama mengikut Islam - Hadi

Katanya, kesepakatan itu juga dilihat menerusi prestasi Perdana Menteri berdasarkan kaji selidik serta tindak balas daripada rakyat.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Hadi berkata, lebih 50 peratus pengagihan kerusi membabitkan parti komponen PN bagi menghadapi PRU15 telah selesai.

Baca juga:   Telatah mereka bagaikan burung kasuari - Hadi

Menurut Abdul Hadi Awang berkata, pembahagian kerusi itu dilakukan secara berperingkat dan sebahagian negeri telah memulakan proses pengagihan tersebut.

Bagaimanapun jelasnya, calon dan kawasan masih belum dikenal pasti.

“Kita tidak boleh tetap tarikh lagi. Kita tetapkan peringkat demi peringkat. Saya rasa sudah 50 peratus, lebih 50 peratus. Calon belum dikenal pasti lagi, kawasan belum juga lagi. Kita nak pastikan menang seberapa banyak kerusi,” katanya.

Ditanya mengenai logo yang akan digunakan kelak, Abdul Hadi menjelaskan, pihaknya memberi tumpuan pada pengagihan kerusi terlebih dahulu sebelum beralih kepada logo yang akan digunakan nanti.

Katanya, perkara itu juga akan dilihat menerusi persetujuan Muafakat Nasional serta Perikatan Nasional.

Jelasnya, setakat ini tiada perbincangan dibuat berhubung penggunaan logo itu dilakukan memandangkan PRU belum ditetapkan lagi.

Sebelum ini, sayap pergerakan Pemuda UMNO mencadangkan agar logo Barisan Nasional (BN) digunakan sebagai lambang rasmi sewaktu pilihan raya umum akan datang.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, cadangan itu turut dipanjangkan kepada parti yang bukan komponen BN secara rasmi iaitu Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Baca juga:   PKP penuh: Sektor sawit, getah dan koko boleh beroperasi

Wartawan

Terkini

UMNO lancar Tabung Pendidikan Melayu

UMNO hari ini melancarkan Tabung Pendidikan Melayu dengan sasaran jumlah dana sebanyak RM10 juta dalam tempoh setahun. Pengerusi Sekretariat Pendidikan...

Lagi Artikel Berkaitan