24.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Rasuah: Najib pelik Mahathir langsung tak sebut Guan Eng

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pelik dengan sikap Tun Dr Mahathir Mohamad apabila mengaitkan dirinya dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pemimpin rasuah.

Sebaliknya, Perdana Menteri Keempat dan Ketujuh yang telah menubuhkan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) sebaliknya langsung tidak menyebut bekas Menteri Kewangan dari DAP, Lim Guan Eng yang sedang menghadapi tiga kes rasuah di mahkamah.

Beliau berkata, Mahathir juga sebenarnya tidak layak menyentuh soal pemerintahan mengikut undang-undang (Rule of Law) apabila pemimpin tersebut selama bertahun-tahun memberikan kontrak kepada anak-anak dan kroni sehingga mereka semua bergelar jutawan.

“Sekarang dia masih petik nama saya tetapi masukkan lagi nama Muhyiddin. Tapi peliknya bahawa dia tak sebut nama Guan Eng pula walaupun dia telah didakwa dengan tiga kes.

“PM7 tak payahlah nak sembang Rule of Law. Bertahun-tahun kau bagi kontrak-kontrak kepada anak-anak dan kroni sehingga mereka semua billionaire. Kau lantik peguam Guan Eng jadi Peguam Negara,” katanya menerusi Facebooknya hari ini.

Ahli Parlimen Pekan itu mengulas hantaran terbaharu Mahathir menerusi blognya Chedet.cc di bawah tajuk Rasuah II yang terus menerus menuduh beliau dan Muhyiddin menggunakan wang dan jawatan untuk merampas kuasa daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Advertisements

Mahathir antara lain berkata: “Inilah sebabnya yang cogan kata Cash is King atau Wang itu Raja dijadikan kepercayaan Datuk Seri Najib. Dengan duit, undi rakyat boleh dibeli dan Najib boleh dirikan Kerajaan sampai bila-bila.

“Hari ini Najib. Dan kita dapat lihat kerosakan yang dilakukan olehnya. Bukan sahaja duit Kerajaan diselewengkan, tetapi jentera Kerajaan dapat disalahguna supaya dianya bebas dari sebarang tindakan. Maka akan hilanglah pemerintahan mengikut undang-undang (rule of law),” katanya.

Najib berkata, Mahathir dan Guan Eng turut mengarahkan Peguam Negara untuk menyahbekukan akaun taikun pemaju, menukar hakim-hakim sesuka hati serta melantik pemimpin politik sebagai Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Ko (kau) jawab juga jika laporan polis yang disyorkan oleh sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk skandal BNM (Bank Negara Malaysia) RM30 bilion patut ditarik balik dan diklasifikasikan sebagai “tiada tindakan lanjut” ketika kamu PM tahun lepas.

“Apa maksud Diraja? Ada hati lagi dia nak sebut “Rule of Law“,” kata Najib yang baru-baru ini didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana bernilai RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. – Edisi 9.

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan