32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Muhyiddin calon PM pilihan PN, MN – Abdul Hadi

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Parti-parti komponen Perikatan Nasional (PN) termasuk Muafakat Nasional (MN) telah bersetuju mengekalkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri gabungan itu.

Perkara mengenainya didedahkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerusi beberapa ciapan mengenai perkembangan semasa menerusi twitternya, malam ini.

“Selain mengekalkan Muhyiddin, parti komponen PN dan MN setuju bertanding secara dua penjuru pada pilihan raya yang akan datang,” ciap beliau.

Mengulas mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Abdul Hadi berkata, beliau akan berjumpa dengan pemimpin Pas negeri itu dalam masa terdekat.

Advertisements

Menurutnya, beliau akan meneliti laporan dari Sabah terlebih dahulu.

“Pas pernah bertanding di Sabah, ada cawangan dan ada calon,” ciap beliau.

Sementara itu, mengulas mengenai hasrat Tun Dr Mahathir Mohamad menubuhkan sebuah parti politik baharu, Abdul Hadi berkata, ia terpulang kepada bekas perdana menteri berkenaan.

“Malaysia sebuah negara demokrasi, tiada siapa boleh halang untuk tubuh parti,” ciapnya lagi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan