25.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 31, 2023

Bintang Bollywood, Samir Sharma ditemui mati tergantung

Mesti Baca

MUMBAI – Pelakon Bollywood, Samir Sharma ditemui mati dalam keadaan tergantung di kipas siling rumahnya, di sebuah pangsapuri, barat Malad dekat sini, kelmarin.

Ini merupakan kes bunuh diri keempat di Bollywood dalam tempoh lima bulan.

The Times of India melaporkan, Samir, 44, pernah membintangi filem “Hasee Toh Phasee” selain rancangan televisyen popular, “Kahani Ghar Ghar Ki” serta “Woh Rehne Wali Mehlon Ki”.

Jurucakap polis, George Fernandes berkata, Samir yang tinggal sendirian selepas berpisah dengan isterinya tidak meninggalkan sebarang nota.

“Kes ini nampaknya adalah bunuh diri. Kami percaya dia sudah meninggal dunia sejak dua hari yang lalu,” katanya, hari ini.

Pada 22 Julai lalu, Samir berkongsikan hantaran mengenai kesihatan mental dan depresi.

Difahamkan, kematian Samir didaftarkan sebagai kemalangan, namun siasatan lanjut masih dijalankan.

Mayat Samir ditemui oleh penjaga bangunan yang melakukan pemeriksaan selepas terhidu bau busuk kira-kira pukul 9 malam, sebelum menghubungi polis.

Kematian Samir adalah kes bunuh diri keempat dalam tempoh lima bulan melibatkan pelakon Bollywood selepas Sushant Singh Rajput, Manmeet Grewal dan Preksha Mehta.

Perkembangan itu mendorong tumpuan diberikan terhadap isu kesihatan mental.

Baca juga:   Kes harian 6,145, terendah dalam tempoh 3 bulan

Pakar kesihatan mental menyatakan ia mungkin berpunca daripada situasi semasa ketika pandemik Covid-19 melanda dunia.

Ini termasuk tekanan kewangan, kekurangan pilihan pekerjaan, perubahan besar dalam gaya hidup dan kesunyian ditambah dengan ketakutan untuk menghadapi masa depan.

Baca juga:   Planet Mahir sumbang komputer riba kepada golongan B40

Wartawan

Terkini

RM51.8 juta hasil jualan inovasi menerusi NTIS

SEBANYAK RM51.8 juta hasil jualan inovasi tempatan dijana melalui Sandbox Teknologi & Inovasi Negara (NTIS). NTIS diterajui oleh Kementerian Sains,...

Lagi Artikel Berkaitan