29 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 21, 2023

Muafakat Nasional terima penyertaan Bersatu

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – UMNO bersetuju supaya Muafakat Nasional (MN) menerima penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ke dalam gabungan politik itu.

Setiausaha Agung Bersama MN, Tan Sri Annuar Musa berkata, dengan penyertaan Bersatu, UMNO ingin melihat penyatuan dan perpaduan orang Melayu bertambah mantap lagi selaras dengan piagam MN yang termaktub sebelum ini.

ANNUAR MUSA

Menurutnya, Biro Politik UMNO telah  membincangkan perkembangan terbaharu itu pada 23 Ogos lalu yang turut melibatkan semua Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri.

“UMNO amat prihatin dan mengambil berat akan usaha menyatupadukan orang Melayu dan membina kekuatan kelompok teras Melayu Islam. Ia adalah satu kewajipan dan keutamaan yang menjadi asas kepada perjuangan UMNO itu sendiri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Annuar yang juga Setiausaha Agung BN berkata, UMNO dan Pas secara komited telah membentuk gagasan Muafakat Nasional kerana menginsafi bahawa kuasa politik orang Melayu dan umat Islam semakin lemah berikutan perpecahan yang semakin parah.

Beliau menjelaskan, sejak tertubuhnya gabungan itu, UMNO dan Pas bersyukur  kerana MN semakin diterima rakyat pelbagai kaum dan diperlihatkan dengan kemenangan demi kemenangan dalam siri-siri Pilihan Raya Kecil yang diadakan.

Baca juga:   Langgar SOP PRN, MUDA dikompaun RM4,000

“Alhamdulillah, terbaharu, usaha memantapkan MN terus mendapat suntikan tambahan apabila kita dimaklumkan oleh  Presiden Bersatu (Tan Sri Muhyiddin Yassin) akan kesediaan mereka untuk turut menyertai MN,” kata Annuar.

Baca juga:   Lelaki maut dalam kebakaran Flat PKNS Jalan Tun Razak

Annuar berkata, kemasukan Bersatu telah dibincang dengan teliti dan mendalam oleh Jawatan Kuasa Pemandu MN, yang dipengerusikan bersama oleh Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Presiden Pas pada 6 Ogos 2020. 

Berikutan itu tambahnya, surat rasmi telah diutus pada 13 Ogos 2020 dan jawapan rasmi kesediaan Bersatu menyertai MN telah diterima pada 18 Ogos 2020 yang di tandatangani sendiri Tan Sri Muhyiddin Yassin. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

KWSP: Kadar faedah, keuntungan pinjaman rendah – MOF

KEMENTERIAN Kewangan (MOF) memberi jaminan kadar faedah (konvensional) atau keuntungan (Islamik) bagi kemudahan untuk ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja...

Lagi Artikel Berkaitan