36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

UPSRx, PT3x bukan kendalian Kementerian Pendidikan

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Pengendalian Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Khas (UPSRx) dan Pentaksiran Tingkatan 3 Khas (PT3x) bukan di bawah Lembaga Peperiksaan dan tiada kaitan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, sepertimana yang telah  diumumkan oleh KPM pada 15 April 2020, UPSR dan PT3 bagi tahun 2020 telah dibatalkan.

MOHD RADZI MD JIDIN

Bagaimanapun katanya, terdapat pihak tidak bertanggungjawab telah menawarkan UPSRx dan PT3x secara dalam talian. 

“Perkara ini adalah melanggar Akta Pendidikan 1996 dan telah menimbulkan kekeliruan orang ramai, terutama ibu bapa dan penjaga murid tahun 6 dan tingkatan 3.

 “Tindakan tegas sedang diambil terhadap pihak yang terlibat,” katanya di Facebook.

Beliau mengulas kenyataan media dibuat KPM hari ini yang menafikan mengenai pengendalian kedua-dua ujian secara dalam talian itu pada September dan Oktober ini.

Dr Radzi berkata, pihak kementerian memohon kerjasama orang ramai agar merujuk portal rasmi KPM bagi mendapatkan sebarang pengumuman rasmi dan maklumat sahih mengenai perkara berkaitan KPM. 

Tambahnya, orang ramai juga boleh membuat laporan kepada KPM sekiranya terdapat mana-mana pihak menawarkan peperiksaan yang meragukan. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan