28.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Tiada pilih kasih, anak VIP diambil tindakan – Polis

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Polis telah mengambil tindakan terhadap semua pengunjung sebuah pub  di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, termasuk anak individu kenamaan (VIP) kerana melakukan kesalahan melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 22 Ogos lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya tidak mengamalkan pilih kasih dan tidak sesekali berkompromi terhadap mana-mana individu termasuk anak VIP itu yang melakukan kesalahan.

“Individu terbabit sudah dikenakan tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang ditetapkan.

“Kesemua 29 pengunjung premis itu yang berusia antara 21 hingga 48 tahun dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang.

“Ia selaras dengan Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan)(No 7) 2020,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Advertisements
SEBUAH pub di Taman Tun Dr Ismail diserbu polis, Sabtu lalu. – foto HARIAN METRO

Sabtu lalu, polis menyerbu pub berkenaan pada pukul 1.20 pagi dan mendapati 29 pengunjung warga tempatan berada di premis berkenaan.

Selain itu, polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun yang dipercayai pengurus premis bersama seorang lelaki warga Bangladesh serta tiga wanita warga Filipina berusia antara 33 hingga 52 tahun disyaki pekerja pub berkenaan.

Mazlan menambah, pihaknya turut membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 bagi kesalahan pemilik premis menggaji warganegara asing dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963, Seksyen 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Seksyen 76 Akta Eksais 1976.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana–mana balai polis berhampiran,” katanya.

Semalam, tular di media sosial  mendakwa seorang anak VIP melanggar arahan PKPP, namun terlepas daripada tindakan polis.

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Pemain muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan