26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, February 10, 2025

Hidayah Centre, YEZP adakan program food bank sempena Aidiladha

Mesti Baca

Mohd Naim Aziz
Mohd Naim Aziz
Jurufoto Sambilan Edisi 9

KAJANG – Seramai 60 orang asnaf mualaf menerima daging agihan korban sempena Program Food Bank Hidayah Centre hasil penyertaan peserta bersama Yayasan EZ Prihatin (YEZP) di Bandar Tasik Kesuma, Semenyih, dekat sini hari ini.

Program julung kali diadakan ini bersama Hidayah Centre dengan program penyembelihan dilakukan di ladang ternakan dan penyembelihan di Kemensah, Hulu Langat.

Ketua Projek HFB, Dr. Rose Rahimah berkata ini kali pertama program seumpama ini dibuat berikutan pelancaran ‘food bank’ pada bulan Mac lalu.

Ketua Projek HFB, Dr. Rose Rahimah

“Kami telah lancarkan program ‘food bank’ ini sejak Mac lalu tetapi apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana maka hari ini kali pertama ia dapat direalisasikan.

“Terima kasih rakyat Malaysia yang menyertai ibadah korban pada hari ini bersama YEZP dan EZ Qurban kerana agihan ini cukup bermakna buat golongan maulaf asnaf daif sekitar Semenyih, Kajang dan Bangi,” jelasnya.

Menurut Dr. Rahimah, Hidayah Centre mempunyai cawangan seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak di mana ia menyasarkan golongan khusus untuk mualaf asnaf.

Advertisements

Tambahnya lagi setiap bulan bermula Mac lalu banyak penyerahan sumbangan berupa makanan ketika PKP dilaksanakan dan mendapat kerjasama daripada pelanggan Mydin Mall kawasan ini.

Terdahulu proses penyembelihan dilakukan seawal 9 pagi di Kemensah kemudian dibawa ke penempatan program di Bandar Tasik Kesuma dekat sini untuk dilapah dan diagihkan kepada penerima.

Pengerusi YEZP, Syariffuddin Supeni berkata program ini memang diwujudkan untuk golongan asnaf mualaf selain program Food for Needy  yang telah dibuat pada Ramadhan lalu.

Pengerusi YEZP, Syariffuddin Supeni melakukan penyembelihan sendiri lembu korban di ladang ternakan dan penyembelihan di Kemensah pgi tadi. Foto: EDISI 9 / MOHD NAIM AZIZ

” Kami memang menyasarkan golongan penerima ini adalah mualaf asnaf. Ada lagi program YEZP yang dibuat di beberapa buah negeri hari ini antaranya di Negeri Sembilan, Kelantan, Selangor dan Sabah” katanya ketika ditemui Edisi 9 di ladang ternakan dan penyembelihan di Kemensah, Hulu Langat pagi tadi.

Penaja tempat program berkenaan Datuk Hj Mohd Said Mat Saman merupakan seorang ahli perniagaan dengan kehadiran 40 orang sukarelawan termasuk mualaf asnaf mengikut prosedur operasi standard (SOP) di perkarangan rumah beliau- Edisi 9

DUA petugas Yayasan EZ Prihatin membantu menaikkan bahagian lembu korban selepas sembelihan di Kemensah pagi tadi. Foto: EDISI 9 / MOHD NAIM AZIZ
SEBAHAGIAN sukarelawan wanita Hidayah Centre mealkukanagihan daging korban. Foto: EDISI 9 / MOHD NAIM AZIZ

Advertisements

Terkini

Richiamo jalin kerjasama dengan De Xandra, Rico Rinaldi

RICHIAMO Coffee Sdn Bhd mengumumkan kerjasama dengan pengeluar pewangi kenderaan, De Xandra serta pereka fesyen dan pengeluar pakaian terkenal...

Lagi Artikel Berkaitan