31.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 7, 2023

Guru agama meninggal dunia ketika sembelih lembu korban

Mesti Baca

JAKARTA – Seorang guru mengaji di daerah Serang dekat wilayah Banten meninggal dunia ketika sedang menyembelih haiwan korban, semalam.

Kompas.com melaporkan, insiden melibatkan guru itu, Asmala, 58, dari Kampung Kasambilan, Desa Pontang berlaku kira-kira pukul 9 pagi selepas penduduk kampung selesai menunaikan solat sunat Aidiladha.

Video Asmala yang terjatuh saat menyembelih seekor lembu itu dimuatnaik di media sosial dan kini tular.

Asmala bagaimanapun dirakam belum sempat menyelesaikan sembelihan lembu itu.

Lelaki itu dirakam terus rebah ketika masih memegang pisau sembelihan.

Ketua Balai Polis Pontang, AKP Sudibyo Wardoyo berkata, kejadian itu disaksikan majlis taklim Daar As Sabhil milik Asmala.

Penduduk pada awalnya, mereka tidak menyangka Asmala akan meninggal dunia semasa melakukan sembelihan itu.

Ini kerana, Allahyarham tidak ada tanda-tanda sedang sakit meskipun mempunyai sejarah sakit jantung.

“Memang setiap tahun Allahyarham selalu menyembelih haiwan korban. Beliau tokoh agama di sini (Pontang). Tapi, tadi pagi, tiba-tiba Allahyarham terjatuh ketika menyembelih seekor lembu” ujar Sudibyo.

Saat Asmala terjatuh, penduduk lain yang tengah menyaksikan sembelihan itu berusaha menolong mangsa.

Bahkan, anak Asmala, Payubi, 30, sempat memberikan bantuan pernafasan 

Baca juga:   PM sertai 300 jemaah solat Aidiladha di Masjid Negara

“Di lokasi juga sempat diberikan bantuan pernafasan oleh anaknya. Kemudiannya, Allahyarham dibawa ke klinik, namun beliau disahkan sudah meninggal dunia,” kata Sudibyo.

Berdasarkan keterangan dari pihak keluarga, Asmala memang ada masalah bengkak di kawasan jantung, sehingga lelaki itu tidak boleh terlalu penat.

Baca juga:   Satu lagi gempa bumi kuat gegar selatan Turkiye

“Keluarga menolak dilakukan bedah siasat dan selepas Jumat, Allahyarham sudah dikebumikan,” tambah Sudibyo. – Agensi

Wartawan

Terkini

13 kontena di Northport Pelabuhan Klang musnah

SEBANYAK 13 buah kontena yang mengandungi bahan mudah terbakar jenis aerosol musnah dalam kebakaran dekat Northport, Jalan Pelabuhan Utara...

Lagi Artikel Berkaitan