24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Bersatu sertai MN secara rasmi bulan depan?

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

GENAP sebulan lagi Muafakat Nasional (MN) yang dibentuk bersama antara UMNO dan Pas akan menyambut ulang tahun pertama pada 14 September ini.

Menerusi piagam yang ditandatangani oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bukan sahaja melibat kedua-dua parti itu, tetapi membawa bersama parti-parti komponen masing-masing.

UMNO membawa bersama rakan-rakan dalam Barisan Nasional (BN) iaitu MCA dan MIC serta beberapa parti kecil lain manakala Pas pula membawa rakan dari Gagasan Sejahtera.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa hari ini membayangkan keanggota MN akan bertambah menjelang ulang tahun pertamanya bulan depan.

Menerusi akaun twitternya, beliau yang juga sekretariat bersama MN berkata, usaha UMNO dan Pas mempelopori politik wasatiyah (sederhana) menerusi pendekatan taawun dan taayush telah membawa keberhasilan kepada ummah.

“Sambutan ulang tahun pertamanya September ini bakal menyaksikan MN diperkasakan dengan penyertaan anggota baharu serta jalinan strategik yang lebih melebar,” ciapnya.

Walaupun Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan itu tidak menyebut nama parti yang akan menjadi anggota baharu MN tersebut, namun cukup mudah diduga bahawa parti tersebut ialah Bersatu.

Beberapa bayangan telah diberikan oleh para pemimpin kedua-dua parti UMNO dan Pas sebelum ini berhubung penyertaan Bersatu menjelang PRU-15 yang dijangka diadakan lebih awal.

Ahmad Zahid selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini memberitahu tentang hasrat Bersatu untuk bergabung dalam MN.

Advertisements

Perkara itu diperkukuh oleh kenyataan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu di Slim minggu lalu, bahawa BN, Pas dan Bersatu aku berbincang berhubung pengagihan kerusi PRU-14.

Abdul Hadi juga beberapa kali menyatakan sokongan kepada Muhyiddin dan akan terus menyokong bekas Timbalan Presiden UMNO itu sebagai Perdana Menteri.

Malah beliau juga beberapa kali menyebut bahawa MN bersetuju untuk mengekalkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri selepas PRU-15 nanti.

Walaupun baru berusia kurang lima tahun, Bersatu gagal menjadi sebuah parti yang kukuh walaupun parti itu mendominasi pemerintahan kerajaan PN termasuk memegang jawatan Perdana Menteri.

Pemecatan enam Ahli Parlimen Bersatu diketuai oleh bekas Pengerusi parti, Tun Dr Mahathir Mohamad telah membawa penubuhan parti baharu, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Ekoran itu, semakin ramai anggota Bersatu mula meninggalkan parti tersebut dan akan dijangka akan menyertai Pejuang selepas pendaftarannya diterima.

MEROSOT

Dalam keadaan Bersatu yang keahliannya semakin mengecil dan kekuatan dalaman dikatakan semakin merosot, parti itu tiada pilihan lain melainkan berganding bahu dengan pakatan politik yang lebih besar dan kukuh.

Ini ditambah dengan hasrat mereka mahu memperkukuhkan PN sebagai sebuah parti politik semakin sukar berikutan kedudukan parti itu sendiri, selain ditolak oleh UMNO dan Pas.

Jika benar Bersatu secara rasmi menyertai MN bulan depan, maka semakin kukuhlah muafakat tersebut untuk menghadapi PH dalam PRU-15, dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim ini menjadi satu lagi medan pengukuhan ketiga-tiga parti Melayu-Islam tersebut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan