25.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

The Simpsons ‘buang’ aktor kulit putih bagi suara watak etnik lain

Mesti Baca

SERIUS… Drama animasi komedi bersiri popular, The Simpsons tidak lagi menggunakan aktor kulit putih untuk isi suara watak etnik lain, menurut laporan media Amerika Syarikat (AS).

Program satira disiarkan oleh stesen penyiaran Fox berpusat di New York itu berbuat demikian susulan kritikan konon cuba menyemai konflik perkauman dengan lebih mengutamakan pelakon kulit putih.

Ia ekoran kontroversi suara karakter seorang peniaga keturunan India yang dikenali sebagai Apu Nahasapeemapetilon, sebenarnya dimainkan oleh aktor pelawak popular Yahudi, Hank Azaria.

Pelakon serba boleh yang sering isi pelbagai watak kartun itu turut menjadi suara untuk karakter lain dalam The Simpsons antaranya Moe Szyslak, Chief Clancy Wiggum dan Jeffrey Albertson.

Azaria, 56, pada Januari lalu pernah meluahkan hasrat untuk berhenti pegang suara Apu yang dicipta pada 1990 kerana serik dikritik banyak pihak seolah-olah menghina imej komuniti etnik India di luar negara.

Simpsons

Bagaimanapun, industri hiburan AS kebelakangan ini terus menerima tekanan untuk menyediakan lebih banyak peluang bagi aktor bukan kulit putih yang berbakat tetapi disisihkan hanya kerana isu perkauman.

Advertisements

Pengumuman penamatan Azaria kebetulan muncul susulan siri demonstrasi ‘Black Lives Matter’ setelah kes lelaki Afrika-Amerika, George Floyd dibunuh polis berkulit putih pada 25 Mei lalu.

“Mulai siri berikutnya, The Simpsons tidak akan lagi menggunakan pelakon kulit putih untuk suara watak bukan kulit putih,” ujar pihak penerbit siri itu yang ke udara sejak 1989 melalui satu kenyataan ringkas.

Rancangan ini pernah dikritik banyak pihak di AS dek eksploitasi watak Apu bagi mencetuskan sentimen stereotaip berbaur rasis termasuk hina lembu yang dianggap haiwan suci bagi penganut Hindu.

Susulan pengumuman itu, Fox turut mengesahkan Azaria tidak lagi isi suara bagi karakter polis berkulit hitam bernama Lou dan lelaki Mexico dikenali Bumblebee Man dalam The Simpsons.

Dua aktor kulit putih, Mike Hendry dan Kristen Bell juga mengumumkan mereka tidak lagi akan bermain suara watak orang kulit berwarna sebagai menyokong kempen antiperkauman di AS. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan