34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

MOHD SHARIM MD ZAIN

Mesti Baca

ADUN CHINI

Latar belakang

Dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1979, Mohd Shahrim Md Zain merupakan generasi kedua peneroka Felda Chini 3, Pahang.

Suami kepada Norhiliyana Abd Hamid dan mempunyai lima orang anak.

Mempunyai lima adik beradik namun maklumat terperinci tentang keluarganya tidak diketahui.

Kerjaya dan pendidikan

Bekerja sebagai usahawan dan pernah menjadi pegawai kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Allahyarham Datuk Seri Abu Bakar Harun.

Selain itu, Mohd Sharim pernah bertugas sebagai Pegawai Koperasi Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM).

Merupakan pemegang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Politik

Beliau diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini pada 18 Jun 2020.

Pengumuman dibuat oleh Pengerusi BN merangkap Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Bangunan UMNO Bahagian Pekan.

Majlis tersebut turut disertai bekas Perdana Menteri yang juga Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan pemimpin-pemimpin BN yang lain.

Ramai pihak tidak menyangka Mohd Sharim menjadi calon BN kerana sebelum pengumuman dibuat, nama anak Najib iaitu Datuk Mohd Nizar sering disebut-sebut.

Mohd Sharim merupakan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pekan.

Felda

Pertubuhan bukan kerajaan

Bergiat aktif dalam gerakan belia Felda dan kerap menghadiri kursus-kursus kepimpinan.

Advertisements

Menyandang jawatan Naib Presiden MBFM Pahang dan Pengerusi Majlis Belia Felda Wilayah Kuantan.

PRK DUN Chini

Diadakan berikutan kematian Allahyarham Abu Bakar akibat serangan jantung pada 6 Mei 2020.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon pada 20 Jun 2020, pengundian awal pada 30 Jun 2020 manakala hari mengundi pada 4 Julai 2020.

Mohd Sharim bertanding menentang dua calon Bebas iaitu Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin dan Mohd Shukri Mohd Ramli.

PRK DUN Chini merupakan pilihan raya kecil yang pertama selepas Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan pada Mac 2020.

Memandangkan Malaysia masih dilanda pandemik COVID-19 ketika PRK DUN Chini berlangsung, SPR mengeluarkan prosedur operasi standard khusus bagi menjamin keselamatan para pengundi dan jentera parti serta calon-calon yang bertanding.

Bergelar ADUN Chini

Mohd Sharim menang besar dengan majoriti 12,650 undi.

Beliau beroleh kemenangan bergaya dengan menerima 13,872 undi, meninggalkan dua calon Bebas iaitu Tengku Zainul Hisham dan Mohd Shukri jauh di belakang.

Tengku Zainul Hisham memperoleh sebanyak 1,222 undi manakala Mohd Shukri menerima 137 undi.

Keputusan itu menyebabkan kedua-dua calon Bebas tersebut hilang wang deposit.

Gambar: BERNAMA

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil PRK DUN Chini, Datuk Zaliza Zulkipli mengumumkan keputusan di pusat penjumlahan undi di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Pekan, Pahang pada 4 Julai 2020.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan peratusan keluar mengundi ialah sebanyak 73.87 peratus daripada 20,816 pemilih berdaftar yang layak menunaikan tanggungjawab itu di 13 pusat mengundi yang mula dibuka sejak 8 pagi.

  • Maklumat personaliti berdasarkan pencarian menerusi internet dan sumber-sumber yang kami peroleh. Kami memohon maaf jika ada ketidaktepatan fakta atau maklumat yang diberikan. – Editor 

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan