25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Mohd Sharim menang besar! Chini kekal milik BN

Mesti Baca

MEMANG telah diduga calon Barisan Nasional (BN), Mohd Sharim Md Zain menang besar dengan majoriti 12,650 undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini.

Beliau beroleh kemenangan bergaya dengan menerima 13,872 undi, meninggalkan dua calon Bebas iaitu Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin dan Mohd Shukri Mohd Ramli jauh di belakang.

Tengku Zainul Hisham memperoleh sebanyak 1,222 undi manakala Mohd Shukri menerima 137 undi.

Keputusan itu menyebabkan kedua-dua calon Bebas tersebut hilang wang deposit.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil PRK DUN Chini, Datuk Zaliza Zulkipli mengumumkan keputusan di pusat penjumlahan undi di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Pekan, Pahang, malam ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan peratusan keluar mengundi ialah sebanyak 73.87 peratus daripada 20,816 pemilih berdaftar yang layak menunaikan tanggungjawab itu di 13 pusat mengundi yang mula dibuka sejak 8 pagi tadi. 

menang
Mohd Sharim bersama bekas Perdana Menter, Datuk Seri Najib Tun Razak. Gambar: Facebook Najib Razak

Kemenangan Mohd Sharim menjadikan DUN Chini kekal dengan reputasinya sebagai kubu kuat BN.

Antara faktor kemenangan BN kali ini adalah kerjasama yang mantap dengan PAS dalam kerangka Muafakat Nasional (MN).

Mohd Sharim, 41, bekerja sebagai usahawan dan pernah berkhidmat sebagai pegawai kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Allahyarham Datuk Seri Abu Bakar Harun.

Advertisements

Dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1979, beliau merupakan generasi kedua peneroka Felda Chini 3, Pahang.

Mohd Sharim juga bergiat aktif dalam gerakan belia Felda dan kerap menghadiri pelbagai kursus kepimpinan.

Beliau turut menyandang jawatan Naib Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Pahang dan Pengerusi Majlis Belia Felda Wilayah Kuantan.

PRK DUN Chini diadakan berikutan kematian Abu Bakar pada 6 Mei lalu di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung.

Untuk rekod, pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu, Abu Bakar menang dengan majoriti 4,622 undi selepas memperoleh 10,027 undi.

Allahyarham menewaskan calon PAS, Mohd. Fadhil Noor Abdul Karim yang mendapat 5,405 undi manakala Mohamad Razali Ithnain dari PKR hanya menerima 1,065 undi.

Kempen PRK DUN Chini berlangsung selama 14 hari selepas proses penamaan calon pada 20 Jun lalu.

Semoga Mohd Sharim dapat meneruskan legasi Allahyarham Abu Bakar yang memberikan khidmat terbaik kepada warga Chini selama tiga penggal berturut-turut. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan