24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Polis siasat kejadian patung Francis Light disimbah cat merah

Mesti Baca

GEORGE TOWN – Siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan kejadian patung Kapten Francis Light di Fort Cornwallis di Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, di sini disimbah cat merah mempunyai kaitan dengan kejadian di beberapa negara lain.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Soffian Santong berkata, ia bagi menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap beberapa tokoh asing semasa perang dunia pertama yang mengamalkan sistem hamba serta kolonial.

“Semakan di internet juga mendapati ada kes simbah cat pada patung George Washington Statue di New York pada 29 Jun dan patung Hubert Lyautey di Perancis pada 22 Jun serta patung Christopher Columbus di Massachusetts pada 24 Jun,’’ katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Advertisements

Soffian berkata, pihaknya menerima laporan daripada pengurus operasi di Fort Cornwallis yang turut bertanggungjawa menjaga serta mengurus patung itu pada Selasa lalu.

“Lelaki itu tidak pasti siapakah yang melakukan perbuatan itu dan dia juga tidak mengesyaki sesiapa kerana tidak pernah mempunyai musuh atau berselisih faham dengan sesiapa. Terdapat kamera litar tertutup di kawasan itu, namun ia tidak memfokus kepada patung tersebut,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menjelaskan, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat dan meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu menghubungi pegawai penyiasat Nurul Syaheera Hussin di talian 04-2282222 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan