26 C
Kuala Lumpur
Sunday, December 10, 2023

Pemandu mabuk lawan arus maut rempuh lori

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Gara-gara memandu melawan arus dipercayai akibat mabuk, seorang pegawai pemasaran maut dalam kemalangan di susur Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) menghala ke Subang, awal pagi ini.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Superintendan Azman Shari’at berkata, insiden kira-kira pukul 2 pagi itu membabitkan Perodua Myvi dipandu mangsa berusia 25 tahun dengan lori dipandu lelaki berusia 45 tahun.

“Siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku apabila kereta dipandu mangsa secara melawan arus merempuh lori ketika melalui susur terbabit.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Bagaimanapun, pemandu lori terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Azman memberitahu, mangsa dipercayai mengambil minuman keras berdasarkan bau dikesan ketika siasatan.

“Mayat dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat. Sampel darah mangsa juga diambil untuk ujian dadah dan alkohol,’ katanya.

Beliau menambah, polis sedang melakukan siasatan lanjut kes itu mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Pasangan warga asing diberkas jadi ejen permit kerja haram

WARGA asing dipercayai suami isteri dan ejen sindiket memperbaharui permit kerja secara penipuan, ditahan menerusi Ops Serkap di sebuah...

Lagi Artikel Berkaitan