27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 21, 2023

Peletakan jawatan saya sebagai PM hanya formaliti – Dr Mahathir

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mendakwa peletakan jawatannya ketika kemuncak kemelut politik negara Februari lalu hanyalah satu formaliti.

Dr Mahathir berkata, selepas majoriti pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memutuskan untuk menarik diri daripada Pakatan Harapan (PH), ini bermakna gabungan parti politik itu terhenti daripada menjadi kerajaan.

“Bila Bersatu tinggalkan PH, gabungan itu terhenti daripada menjadi kerajaan. Ini bermakna semua anggota Kabinet tidak lagi menjadi menteri. Ini termasuk saya.

“Saya hilang jawatan Perdana Menteri. Peletakan jawatan hanyalah satu formaliti,” tulis Dr Mahathir menerusi hantaran Facebook.

Sidang Dewan Rakyat Isnin lalu kecoh apabila beberapa penyokong kerajaan melaungkan ‘ini semua salah Tun’ ketika perbahasan usul mengosongkan jawatan Speaker dengan membangkitkan apa yang berlaku ketika ini adalah kerana Dr. Mahathir meletak jawatan Februari lalu.

Dalam hantaran berkenaan, Dr Mahathir berkata, beliau tidak mahu menjadi perdana menteri bagi kerajaan gabungn BN, Pas Dan Bersatu kerana ia bermakna beliau akan bekerja dengan UMNO dan Datuk Seri Najib Tun Razak, pihak yang dikecam dan dikalahkannya semasa pilihan raya umum lepas.

Malah katanya, beliau tidak dapat menerima andaian bakal menjadi Perdana Menteri kepada pakatan ‘tidak suci’ itu dan akan berpegang janjinya kepada parti lain dalam PH.

“Ketika Tan Sri Muhyiddin sanggup menerima (jawatan perdana menteri), saya menjauhkan diri daripada kumpulan itu,” katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata, keanggotaan beliau sebagai ahli dan Pengerusi Bersatu telah digugurkan dan sedang mencabar keputusan parti tersebut di mahkamah.

Terkini

Selangor jual 5kg beras RM13 di seluruh negeri

KERAJAAN Negeri Selangor akan melaksanakan penjualan 5 kilogram (kg) beras putih tempatan pada harga RM13 bagi membantu rakyat di...

Lagi Artikel Berkaitan