28.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 7, 2023

KKM, Dr Noor Hisham terima Anugerah BrandLaureate

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Kepemimpinan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdulla bersama pasukannya dalam menangani penularan pandemik Covid-19 mendapat pengiktirafan antarabangsa, apabila beliau menerima Anugerah BrandLaureate – Kecemerlangan Jenama Kepemimpinan 2020.

Dalam satu majlis hari ini, Kementerian Kesihatan juga dinobatkan sebagai pemenang The BrandLaureate Award bagi Sijil Pengiktirafan dan Penghargaan di atas peranannya membendung dan mengekang peularan Covid-19.

Dr Noor Hisham berkata, beliau berasa sangat rendah diri untuk menerima anugerah berkenaan yang mencerminkan dedikasi, komitmen, pengorbanan dan ketahanan setiap petugas kesihatan dan pelbagai agensi untuk menyalurkan perkhidmatan penjagaan kesihatan terbaik kepada rakyat dan negara.

Menurut beliau, negara berdepan dengan banyak cabaran dan kekangan sepanjang episod pandemik Covid-19 ini, namun bersama-sama mereka berjaya menanganinya.

“Belum pernah kita melihat seluruh jentera kerajaan dan masyarakat bekerjasama demi kesihatan awam, seterusnya menjadikan slogan ‘setiap sektor adalah sektor kesihatan’ satu realiti yang boleh dicontohi pihak lain.

“Terima kasih kepada semua rakyat atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan kepada petugas barisan hadapan dan pihak berkuasa sepanjang tempoh sukar ini. Marilah kita terus memastikan negara yang kita cintai ini muncul juara dalam peperangan melawan musuh tidak kelihatan ini.

Baca juga:   Pasukan Kesihatan TH-KKM turut bantu jemaah negara lain

“Kita jaga kita, kita jaga keluarga kita, kita jaga komuniti kita, kita jaga negara kita,” katanya dalam hantaran yang dibuat selepas majlis berkenaan,” tulis beliau dalam hantaran Facebook.

Baca juga:   COVID-19: 3,490 kes baharu, terendah sejak tujuh bulan lalu

Kedua-dua anugerah itu disampaikan oleh Pengerusi The BrandLaureate, Tan Sri Rainer Althoff.

Memetik laporan Berita Harian, Dr Noor Hisham berkata, kementerian itu sudah melakukan pelbagai usaha termasuk meneliti garis panduan, memberikan latihan kepada kakitangan, mengadakan kerjasama dengan kementerian lain serta merancang penggunaan kemudahan bagi menangani penularan Covid-19.

Menurutnya, walaupun sekarang negara mencatat satu digit kes baharu harian tetapi masih ada sebilangan kes kluster yang dikenal pasti.

“Kementerian Kesihatan masih terus menjalankan kerja mengenal pasti, mengesan dan membendung jangkitan Covid-19,” katanya.

Wartawan

Terkini

BN mesti menang semua kerusi diamanahkan pada PRN

BARISAN Nasional (BN) perlu menang di semua kerusi yang diperuntukkan kepadanya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri,...

Lagi Artikel Berkaitan