28.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 29, 2022

Finas: Nazir anggap melucukan, Saifuddin sifatkan laporan tidak tepat

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin menyifatkan, kenyataan Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang menyatakan rakyat Malaysia perlu mendapatkan kebenaran daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) untuk rakaman video peribadi dalam media sosial adalah sesuatu yang agak lucu.

Sehubungan itu beliau menegaskan, Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981, Seksyen 22 (1) digubal bukan untuk menghalang rakyat biasa mengasah bakat kreativiti dan mengekspresikan diri melalui video dalam media sosial.

Nazir Hussin Akhtar Hussin

‘’Adalah penting untuk menteri dan Finas membezakan antara penggambaran filem atau dokumentari profesional dengan rakyat biasa yang membuat rakaman untuk akaun media sosial mereka,’’ tegas beliau dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah yang menyatakan, penerbit filem wajib memohon Lesen Pengeluaran Filem dan Surat Perakuan Penggambaran (SPP).

Ia melibatkan sama ada mereka adalah agensi media arus perdana atau media individu yang menerbitkan filem di platform media sosial atau saluran tradisi.

Kata Saifuddin, kementerian melalui Finas mengeluarkan tiga jenis lesen kepada industri perfileman iaitu Lesen Pengeluaran Filem/Video, Lesen Pengedaran Filem/Video dan Lesen Pemameran Filem/Video.

Bagaimanapun pengumuman beliau untuk mendapat reaksi negatif daripada pemimpin politik kerajaan dan pembangkang dan menjadi trending dalam Twitter.

Baca juga:   'SiberKASA' angkat kisah keselamatan siber ke filem

Mengulas lanjut, Nazir Hussin berkata, jika menteri bertegas mahu semua yang membuat rakaman video dalam media sosial mempunyai lesen dan kebenaran daripada Finas, maka harus ada prosedur yang mudah, pantas dan cepat dalam membuat permohonan secara dalam talian tanpa syarat yang ketat.

Baca juga:   3,285 berita palsu direkodkan antara 2020 hingga 31 Mei lalu

“Zaman telah berubah, maka kerajaan juga harus sedia membuat perubahan terutama membabitkan peraturan-peraturan lama,” katanya.
Nazir sehubungan itu berkata, menteri tidak seharusnya mentafsirkan undang-undang secara rigid sehingga menimbulkan kebencian rakyat khususnya anak-anak muda.

SEMENTARA ITU, dalam kenyataan lewat petang ini, Saifuddin berkata, sebahagian daripada laporan yang tular berkaitan dengan keperluan lesen FINAS untuk perfileman tidak tepat sehingga membawa kepada makna yang berbeza dalam jawapan beliau kepada Ahli Parlimen Kluang di Dewan Rakyat, hari ini.

‘’Ketika menjawab soalan itu, saya hanya menerangkan tentang undang-undang yang sedia ada, iaitu Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 [Akta 244] yang diluluskan Parlimen pada tahun 1981. Akta tersebut telah digunakan selama ini, iaitu oleh kerajaan-kerajaan terdahulu, termasuk BN dan PH.

‘’Pada 1981, teknologi pada masa itu tiada langsung media sosial seperti Tik Tok, YouTube dan sebagainya. Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) ambil maklum bahawa Akta ini perlu penambahbaikan,’’ katanya.

Saifuddin berkata, perkara itu telahpun beliau nyatakan dalam sidang media Kad Laporan 100 hari sebagai menteri pada 20 Jun lalu, iaitu kementerian sedang menilai semula semua undang-undang di bawah pengawasannya.

‘’Perlu ditegaskan bahawa kerajaan PN tidak pernah dan tidak berniat menggunakan Akta ini untuk menyekat kebebasan peribadi individu dalam media sosial, iaitu fenomena yang tidak wujud ketika Akta ini digubal.

Baca juga:   17 penempatan di Pahang dapat manfaat Pelan JENDELA
Baca juga:   Pelajar KV cipta alat bakar lemang cara moden

”Oleh yang demikian, kami di KKMM terbuka untuk menerima apa-apa cadangan dalam memperbaiki bukan sahaja Akta dibahaskan pagi tadi, malah, semua undang- undang di bawah pengawasan KKMM supaya bersesuaian dengan kehendak semasa,’’ katanya. – Edisi 9

Terkini

Projek pembangunan hampir RM900 juta di Sarawak – KPLB

HAMPIR RM900 juta dibelanjakan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bagi Wilayah Sarawak untuk tujuan pembangunan infrastruktur asas, ekonomi dan modal...

Lagi Artikel Berkaitan