31 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Abdul Latiff… cakap siang pandang-pandang ya

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

DATUK Dr Abdul Latiff Ahmad tampil memohon maaf berhubung kenyataannya yang memperkecilkan UMNO, bekas partinya sebelum melompat ke Bersatu.

Beliau yang kini menjawat Menteri Pembangunan Luar Bandar merupakan salah seorang daripada kumpulan enam Ahli Parlimen yang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) atas tiket UMNO tetapi kemudiannya menyertai Bersatu selepas Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan.

Dalam satu majlis yang petikan videonya tular dalam media sosial semalam, Abdul Latiff memperkecilkan bekas partinya dengan menyatakan UMNO sudah tidak laku terutama di Sabah.

Ekoran kenyataan itu, beliau mendapat kecaman dalam kalangan pemimpin dan ahli UMNO.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan menganggap Abdul Latiff sebagai biadab, tidak sedar diri dan angkuh kerana memperlekeh parti yang memenangi 54 kerusi Parlimen termasuk di Mersing.

Bagaimanapun, Abdul Latiff mendakwa kenyataan beliau telah disalah tafsir dan memohon maaf kepada pihak-pihak yang berkecil hati serta mengesahkan ia pernyataan peribadinya, bukan mewakili parti.

Advertisements

“Kenyataan itu adalah kenyataan peribadi bukan mewakili parti. Saya dengan rendah diri Ingin memohon maaf sekiranya kenyataan Saya itu menyinggung perasaan sesetengah pihak,” katanya seperti disiarkan portal PNBBC, hari ini.

Hem, sebab itulah orang tua-tua berpesan agar kita bila bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar.

Apatah lagi sekarang ini semua percakapan kita dirakam bahkan tidak kurang juga yang disiar secara langsung kepada umum.

Lagi pun kalau nak bercakap gah sekali pun pandanglah diri pada cermin. Takkanlah parti yang dikatakan hanya mempunyai lima cawangan di Mersing mahu menuduh parti lain tidak laku.

Difahamkan ini bukan kali pertama Abdul Latiff memperlekeh UMNO sejak menjadi ahli Bersatu.

Semoga perkara ini menjadi iktibar kepada semua terutama Abdul Latiff memandangkan PRU-15 semakin hampir tatkala Bersatu masih lagi belum mencapai persetujuan berhubung kerjasama parti itu dengan Muafakat Nasional (MN). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tak boleh tolak permohonan pelanggan tidak fasih bahasa Melayu

PARA pegawai Jabatan Imigresen Malaysia tidak dibenarkan menolak sebarang permohonan hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan. Bagaimanapun, menurut Ketua...

Lagi Artikel Berkaitan