24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Wujud usaha terancang burukkan Malaysia?

Mesti Baca

DAKWAAN seorang warga Amerika Syarikat (AS) bahawa Facebook menyekat video dihasilkannya yang memuji tindakan pantas dan efektif Malaysia dalam memerangi pandemik Covid-19 amat mengejutkan.

Video yang dihasilkan oleh Dustin Pfundheller di halaman Facebook beliau bertajuk ‘How Malaysia Did the Impossible’ itu dilapor berjaya meraih lebih 3.2 juta tontonan.

Namun tanpa menyatakan sebarang alasan, Facebook kini menyekat capaian video dihasilkan doktor gigi itu termasuk iklan di halaman ‘Other Side of the Truth’miliknya.

Sama seperti Pfundheller yang kecewa dengan sekatan itu, rakyat Malaysia turut menzahirkan perasaan terkilan mereka dengan langkah Facebook tersebut.

Ironinya, sekatan Facebook itu didedahkan ketika rakyat masih berang dengan tindakan media antarabangsa Al-Jazeera menyiarkan dokumentari mengenai cara Malaysia mengendalikan pendatang tanpa izin dalam usaha mengekang penularan COVID-19.

Ini semua gara-gara seorang lelaki warga Bangladesh, M. Rayhan Kabir memfitnah Malaysia kononnya pendatang asing tanpa izin (PATI) diberikan layanan buruk semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

Meskipun wawancara eksklusif koresponden Al Jazeera biro Kuala Lumpur itu dibuat pada 10 Mei, stesen berpusat di Qatar itu mengambil masa selama dua bulan sebelum rakaman tersebut ke udara.

Ini menunjukkan dalam tempoh itu, wartawan terbabit ada masa cukup untuk mendapat maklum balas dari agensi-agensi kerajaan berkaitan berhubung dakwaan warga Bangladesh berkenaan.

Kegagalan Al Jazeera menyediakan laporan seimbang jelas menunjukkan akan niat sebenar mereka.

Advertisements

Pada masa sama, timbul persoalan siapakah dalang yang menyalurkan maklumat dan mengatur segala persiapan di sebalik penggambaran itu yang jelas sukar dijayakan tanpa bantuan orang tempatan.

Menurut akaun Facebook bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, terdapat tiga orang pentadbir warga tempatan yang menguruskan laman Facebook program 101 East Al Jazeera.

Mustahil mereka tidak tahu usaha dan langkah kerajaan dalam menangani ancaman pandemik Covid-19 di negara ini.

Selain itu, penggunaan media antarabangsa adalah taktik biasa sesetengah pihak apabila desakan dan propaganda mereka tidak didengari dan menggunakan platform itu untuk menekan negara.

Presiden gerakan Islam Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Aminuddin Yahaya berkata, Al Jazeera telah membuat laporan yang menipu dan memburukkan Malaysia seolah-olah ‘menghalalkan’ sindiket pendatang haram tanpa izin yang sedang parah di negara ini.

Masih boleh diingat sebelum ini memang ada NGO dan aktivis hak asasi ‘membuat bising’ kononnya PATI ditindas oleh pihak berkuasa.

Malah mereka meletakkan pelbagai label pada pihak berkuasa seperti ‘perkauman’ dan sebagainya. Label-label inilah juga yang digunakan oleh Al Jazeera dalam dokumentari tersebut.

“Apakah mereka ini menjadi dalang di belakang penghasilan dokumentari ini? Pihak polis perlu siasat,” dakwanya.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan