24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Latiff biadab, tidak sedar diri tuduh UMNO tidak laku – Shahril

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – UMNO membidas kenyataan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad yang menuduh parti itu sudah tidak laku terutamanya di Sabah.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, kenyataan Menteri Pembangunan Luar Bandar dari Bersatu itu cukup biadab dan tidak boleh diterina oleh pemimpin dan ahli UMNO.

Abdul Latiff yang menang di Parlimen Mersing atas tiket UMNO semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sebelum melompat ke Bersatu juga disifatkan tidak sedar diri.

Berikut kenyataan penuh Shahril yang disiarkan dalam Facebook beliau:

Kenyataan Menteri Pembangunan Luar Bandar, YB Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad yang tular hari ini sama sekali tidak boleh diterima oleh pemimpin dan ahli UMNO seluruh negara.

Kenyataan yang menyifatkan UMNO Sabah sebagai tidak laku adalah satu kenyataan yang cukup biadab, angkuh dan tidak mencerminkan realiti.

UMNO tak perlu menjustifikasi kekuatannya. Keputusan-keputusan PRK (pilihan raya kecil) termasuklah di Kimanis sudah cukup sebagai bahan bukti bahawa UMNO bukan sekadar “laku”, malah dalam proses kebangkitan yang berterusan, insya Allah.

Maka persoalannya bukan sama ada UMNO “laku” atau tidak. Persoalannya, mengapa seorang Menteri bejawatan di Bersatu tergamak mencemuh seorang rakan kongsi besar dalam Kerajaan hari ini?

Persoalannya, mengapa seorang Menteri berjawatan di Bersatu mahu memperkecil parti yang menang 54 kerusi dalam PRU-14 termasuklah kerusi Mersing?

Advertisements

Persoalannya, mengapa seorang Menteri berjawatan di Bersatu tiada rasa segan silu setelah melompat meninggalkan kapal sewaktu susah, malah tidak langsung berterimakasih kepada jentera dan institusi yang memenangkan beliau di Mersing?

Perlu diingat, kerjasama antara parti yang membantu Kerajaan hari ini adalah kerjasama yang baru dan belum sempurna. Jika mahu kerjasama ini bertambah kukuh, pertama perlu ada keikhlasan dan kedua perlu ada sifat saling menghormati. Kenyataan seperti yang dikeuarkan Menteri KPLB hari ini langsung tidak membantu malah mengeruhkan situasi.

UMNO telah banyak berkorban dan berjiwa besar setelah kejatuhan Pakatan Harapan. Tidak perlu disenarai di sini tetapi sesiapa yang mengikuti perkembangan politik akan tahu bahawa UMNO memaparkan keikhlasan dan meletak ego ketepi demi kepentingan rakyat yang dianggap lebih besar dari kepentingan parti.

Tetapi jangan uji kesabaran UMNO seolah-olah kami hanya penumpang yang boleh dicemuh sesedap rasa. Sebaliknya, Bersatu perlu juga memaparkan keikhlasan yang sama.

Ke arah itu, saya berharap pimpinan Bersatu boleh respon terhadap perkara ini dan segera memperbetul keadaan. Saya tidak akan masuk campur hal parti dalaman mereka – terserah kaedah apa yang mereka mahu laksanakan, tetapi sesuatu perlu dibuat.

Jika pimpinan Bersatu hanya diam seribu bahasa dan membiarkan perkara ini berlalu tanpa tindakan, maka UMNO tiada pilihan selain menganggap kenyataan Menteri KPLB mewakili Bersatu dan bukan sekadar kesilapan besar seorang individu.

Disaat itu, pimpinan Bersatu boleh congak sendiri apa potensi kesannya jangka pendek dan panjang.

Kepada sahabat-sahabat UMNO Sabah, kita satu keluarga. Cubit peha kiri, peha kanan terasa. Percayalah bahawa UMNO di seluruh negara amat menghormati segala pengorbanan anda yang kekal istiqamah dalam perjuangan meskipun ramai lain yang memilih jalan lebih mudah. Teruskan usaha dan komitmen anda yang menjadi inspirasi kami di Semenanjung.

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan