28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Chelsea menang, Arsenal seri. Lampard lega, Arteta pening

Mesti Baca

CHELSEA terus mengukuhkan kedudukan di kelompok tiga teratas saingan Liga Perdana Inggeris selepas menang tipis 3-2 ke atas Crystal Palace dalam perlawanan awal pagi tadi.

Kemenangan berharga itu membolehkan pasukan bimbingan Frank Lampard memintas Leicester City yang sebelum ini menduduki tangga ketiga liga dengan berbaki empat perlawanan.

Dalam perlawanan tersebut, The Blues mendahului melalui jaringan Olivier Giroud
seawal minit keenam hasil hantaran lintang Willian sebelum Christian Pulisic merembat kencang menyumbat gol kedua Chelsea pada minit ke-27.

Crystal Palace kemudian berjaya merapatkan jurang apabila Wilfried Zaha meledakkan rembatan kencang dari luar kotak penalti bagi menewaskan penjaga gawang Chelsea, Kepa Arizabalaga pada minit ke-34.

Babak separuh masa kedua menyaksikan, Chelsea menambah jaringan menerusi penyerang mudanya, Tammy Abraham pada minit ke-72.

Seminit kemudian tuan rumah memperoleh gol kedua menerusi kuisan, Christian Benteke sebelum perlawanan tamat dengan keputusan 3-2 di Selhurst Park.

Advertisements

Dalam pertembungan Arsenal menentang Leicester pagi tadi, kedua-dua pasukan gagal memanfaatkan peluang mengutip tiga mata berharga apabila sekadar mencatat keputusan seri 1-1 di Stadium Emirates.

Leicester turun satu anak tangga dengan perbezaan satu mata di belakang Cheslesa (60) manakala Arsenal terus terkandas di tangga ke tujuh berbekalkan 50 mata.

Perlawanan tersebut menyaksikan, penyerang The Gunners, P. Aubameyang menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-21 hasil hantaran lintang pemain muda, Bukayo Saka.

Pada minit ke-73, pemain tuan rumah, Edward Nketiah dilayangkan kad kuning selepas membuat terjahan keras, namun dua minit kemudian dia dilayangkan kad merah dan diperintah keluar padang atas kesalahan sama hasil penelitian pengadil menerusi VAR.

Leicester memanfaatkan kekurangan pemain Arsenal sebelum berjaya menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-84 hasil jaringan Jamie Vardy yang kini juga penjaring terbanyak liga dengan 22 gol bagi musim ini. -Agensi

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan