29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Amaran Sultan Johor isyarat jelas kepada pemimpin gila kuasa

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR

ISYARAT jelas sudah diberikan kepada pemimpin politik yang masih angaukan kuasa apabila hari ini Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bertitah akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serta merta jika wakil rakyat masih berebut kuasa.

Malah jangan terkejut kerana itu merupakan mesej awal yang bakal menyaksikan banyak negeri lain akan mengikut langkah sama disebabkan kerakusan segelintir wakil rakyat terbabit.

“Mereka langsung tidak peduli dan sanggup menambah lagi derita rakyat. Saya tidak boleh tengok rakyat menderita, dan tidak akan biarkan negeri dikucar-kacirkan,” titah baginda hari ini.

Amaran Sultan Ibrahim itu wajar diberi pujian kerana ia peringatan kepada pemimpin-pemimpin ‘gila talak’ ini yang bagaikan tidak sedar diri.

Mereka ini seperti masih berada di awangan sedangkan rakyat secara total sudah meluat sekali gus tidak mahu diheret dengan permainan tamak politik pemimpin khususnya kelompok yang baru hilang kuasa.

Ini juga termasuk kumpulan masih berkuasa tetapi bersifat lalang dan akan melompat kepada majoriti bila-bila bagi memastikan mereka berada di tampuk pemerintahan.

Cuba bayangkan senario lompat-melompat, lobi melobi terus berlaku dan pertukaran kerajaan dibenarkan, esok lusa mereka lompat lagi. Tukar lagi kerajaan.

Jadi tidak keterlaluan dikatakan titah Sultan Johor itu tepat pada masanya bagi memberi signal kepada kelompok berkenaan untuk menghentikan permainan politik mereka yang memualkan.

Advertisements

Sultan Johor turut bertitah langkah itu akan memberi peluang kepada rakyat untuk memilih pemimpin yang benar-benar boleh menggalas amanah.

Biar rakyat memilih pemimpin yang boleh melindungi kepentingan dan kesejahteraan rakyat dan bukannya pemimpin terbabit.

Apapun, secara tersirat sekiranya DUN terbubar dan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan ia tidak akan menguntungkan pihak terlibat khususnya yang mahu merampas kuasa.

Ini kerana, adalah amat sukar bagi mereka untuk memenangi di kawasan-kawasan masing-masing berdasarkan sokongan rakyat dan rekod sedia ada.

Tidak perlu pergi jauh, keputusan siri Pilihan Raya Kecil (PRK) sebelum ini juga sudah membuktikan ke mana arah sokongan rakyat diberikan.

Oleh itu, kepada wakil-wakil rakyat yang sedang ‘cai’ jumlah kerusi dan berniat untuk bertandang ke pagar istana. Baik lupakan Sahara.

Difahamkan, beberapa negeri juga sudah ‘goyang’ buat masa ini dan tidak mustahil Sultan dan Yang Dipertua Negeri akan mengikut jejak yang sama dan akhirnya Parlimen turut akan dibubarkan.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Edisi 9.

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan