24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Anak muda berniaga petai tampung pendapatan

Mesti Baca

Mohd Naim Aziz
Mohd Naim Aziz
Jurufoto Sambilan Edisi 9

LAZIMNYA carboot sale hanya tertumpu kepada penjualan barangan- barangan terpakai ataupun produk harian kegunaan ramai.

Namun berbeza pula bagi seorang anak muda dengan menjual petai di ruangan parkir kenderaan awam berkupon di Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor.

Firdaus Saharudin, 27, anak jati Keramat, Kuala Lumpur ini mula menceburi perniagaan kecil-kecilan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa satu bermula.

“Pada awal PKP saya menjual dalam talian dan penghantaran buah-buahan tempatan dari rumah ke rumah dengan surat kebenaran bergerak dari pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

“Semasa itu penghantaran bergerak hanya melalui ejen pemborong buah berdaftar. Kini saya beralih arah pula menjual petai kerana permintaannya agak tinggi,” jelasnya ketika ditemui Edisi 9, semalam.

Firdaus sebelum ini bekerja sebagai jurujual di salah sebuah butik terkenal di Pavilion, Kuala Lumpur sejak 2016.

Advertisements

Ketika PKP dilaksanakan semua pekerja direhatkan sementara dan dari situlah dia mula berjinak dalam perniagaan jualan langsung.

FIRDAUS Saharudin menggantung ikatan petai di belakang bonet kenderaan untuk dipamerkan.

“Bosan duduk sahaja. Butik yang saya bertugas belum sepenuhnya dibuka kerana sedang menjalani pengubahsuaian sejak kelonggaran syarat pihak kerajaan bagi sektor pusat membeli belah dibenarkan beroperasi semula baru-baru ini,” jelasnya lagi.

Menurut Firdaus, dia hanya menerima separuh gaji daripada majikan sepanjang tempoh PKP dan terpaksa mencari pendapatan tambahan bagi melengkapkan perbelanjaan seisi rumah.

Salah seorang pelanggan membeli isi petai siap yang telah siap dikupas.

Katanya, petai yang diperoleh dari pembekal dari Baling, Kedah itu hanya boleh bertahan selama tiga hari sahaja sebelum ia rosak.

Harga yang dijual ialah RM8 seikat dan mempunyai lima papan dengan waktu perniagaan dari jam 10 pagi hingga 6 petang setiap hari. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan