Wednesday, July 22, 2026

Sesudu sekalipun jangan dibenar pegang stereng!

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

Oleh M. HERMAN HAMID

DI India, juruterbang tidak akan dibenarkan mengendali pesawat jika terdapat kandungan alkohol dalam darah.

Waima setitik minum beralkahol sekalipun adalah satu kesalahan bagi juruterbang yang dijadual bertugas.

Ini dikatakan sifar toleransi kepada minuman alkohol.

Bagi amalan negara lain, kadar ditetapkan untuk juruterbang adalah tidak melebihi 0.02 peratus kandungan alkohol dalam darah.

Juga kesalahan bagi pilot sekiranya didapati mengambil minuman beralkohol 12 jam sebelum menerbangkan pesawat (ada negara lapan jam).

Memanglah pengendalian pesawat dengan kenderaan darat tidak sama tetapi kesan alkohol kepada seseorang masih serupa.

Hilang fokus, tidak mampu buat pertimbangan tepat dan sebagainya akan membahayakan nyawa pemandu dan pengguna jalan raya lain.

Berapa ramai lagi harus menjadi mangsa akibat kemalangan disebabkan pemandu di bawah pengaruh alkohol?

Tidak bolehkah undang-undang dipinda supaya hanya pemandu bebas alkohol sahaja dibenarkan berada di atas jalan raya?

Bukan lagi ada paras alkohol tertentu yang dibenarkan seperti amalan sekarang.

Apatah lagi undang-undang Malaysia yang membenarkan paras alkohol dalam darah pemandu tidak melebihi 0.08 peratus sudah lapuk.

Paras itu sangat toleransi kepada ‘peminum’ sedangkan India misalnya telah menurunkan paras itu kepada 0.03 peratus, bukan setakat 0.05 peratus seperti cadangan sebelum ini.

Sewajarnya memandu dalam pengaruh alkohol waima sesudu perlu dilarang untuk keselamatan semua.

Lagi pun apa ukuran minum arak tetapi tidak mabuk atau masih dalam kategori dibenarkan memandu? Berapa sikit yang boleh?

Justeru mengambil kira senario Malaysia yang umumnya agak mudah untuk memperoleh minuman beralkohol termasuk kedai serbaneka, maka pencegahan perlu dilakukan.

Antaranya sifar toleransi alkohol untuk pemanduan selain aspek hukuman. Minum sahaja walau sesudu, tidak harus dibenar mengendalikan sebuah jentera seperti kereta.

Cukuplah dengan apa yang berlaku.


Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Edisi 9.

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan