28.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 12, 2024

Selepas Kedah, rejim PH NS pula akan tumbang?

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

RIBUT politik yang menumbangkan rejim Pakatan Harapan (PH) Kedah khabarnya mula beralih arah ke selatan.

Sudah tentu bukan Johor atau Melaka sebab dua negeri itu sudah bebas daripada cengkaman rejim PH sebelum pandemik COVID-19 melanda.

Sasaran seterusnya mungkin Negeri Sembilan yang pada masa ini menyaksikan UMNO sebagai parti yang menyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) terbanyak.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), UMNO memenangi 15 kerusi diikuti DAP (11), PKR (6), Parti Amanah Negara (3) dan MIC (1).

Walaupun PH berjaya membentuk kerajaan negeri dengan jumlah keseluruhan 20 kerusi, kedudukan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun tidak begitu selesa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat yang lebih mesra dipanggil Wak Min itu sentiasa dibayangi oleh DAP yang dominan dalam blok kerajaan.

Blok pembangkang yang diketuai Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan pula bukan calang-calang lawan.

Walaupun Tok Mat bukan lagi Menteri Besar, beliau masih lagi mempunyai pengaruh yang besar dan sangat dihormati oleh rakyat atas jasa besarnya membangunkan Negeri Sembilan.

Maka tidak hairanlah, jumlah rakyat yang mengunjungi majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Mohamad di Rantau adalah jauh lebih ramai daripada yang menghadiri majlis sama anjuran Menteri Besar di Seremban.

Rejim PH juga dimalukan apabila cubaan mereka untuk menyingkirkan Tok Mat dari kerusi DUN Rantau gagal apabila beliau menang bergaya mengatasi semua pesaingnya.

Kini, rakyat di Negeri Sembilan yang mengundi PH pada PRU-14 secara terang-terangan mengakui mereka menyesal kerana tindakan itu hanya merugikan semua orang.

Majoriti rakyat mahu Perikatan Nasional (PN) mengambil alih tampuk pemerintahan di negeri Adat Perpatih ini kerana mereka sudah serik dengan kepimpinan rejim PH yang sangat lemah di bawah Wak Min.

Bukan rakyat sahaja yang bosan dengan Aminuddin malah ahli-ahli akar umbi PKR sendiri kecil hati apabila melihat pemimpin mereka lebih rapat dengan bekas ahli-ahli UMNO yang bersalin kulit.

Advertisements

Wak Min turut berdepan dengan masalah politik dalaman berikutan pertembungan antara kem Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Azmin Ali pada pemilihan parti yang lalu.

Ada dalam kalangan ADUN PKR seperti Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek yang dikatakan cenderung menyokong Azmin sedangkan Aminuddin memihak kepada Anwar.

DAP Negeri Sembilan pun dengarnya ada yang bergaduh sesama sendiri.

Masalah yang dihadapi pentadbiran Wak Min semakin meruncing selepas rejim PH hilang kuasa di peringkat Pusat.

Rejim PH yang lemah di Negeri Sembilan dibiarkan terkontang-kanting sendirian berdepan asakan Perikatan Nasional (PN) kerana kepimpinan PH di peringkat Pusat terlalu kemaruk tentang soal siapa yang sepatutnya menjadi Perdana Menteri.

Terdengar khabar baru-baru ini sekurang-kurangnya enam ADUN dari PH akan menyertai PN untuk membentuk kerajaan baharu di Negeri Sembilan.

Tidak pasti mereka dari parti mana tetapi kemungkinan besar Wak Min bukan salah seorang daripadanya.

Apa yang pasti, jumlah 22 kerusi memberi majoriti mudah kepada PN sekali gus menyingkirkan rejim PH yang semakin lemah.

Sekiranya desas-desus itu menjadi realiti, majoriti rakyat di Negeri Sembilan pasti bertepuk tangan sambil bersorak-sorai gembira kerana penderitaan mereka selama lebih dua tahun di bawah penguasaan rejim PH bakal berakhir.

Rakyat Negeri Sembilan tidak sanggup lagi menunggu sehingga PRU-15 kerana mereka mahu perubahan kepimpinan dilakukan sekarang.

Mereka menaruh harapan yang tinggi kepada Tok Mat dan panglima-panglima perangnya untuk menggempur rejim PH habis-habisan.

Hobin Tok Mat Hobin! – EDISI9

Advertisements

3 COMMENTS

  1. Dgr khabar kat SUK sikit masa dolu ada masaalah dalaman…problems created by kakitgn bawahan Wak Min. Dah settle ke?

  2. kan lagi elok kalau tok min sendiri yg menyertai PN… boleh lah berganding bahu bersama2 tok mat menerajui N9 bersama2.. sebab kedua2 nya ada cara kelebihan masing2 menerajui kerajaan… sapa MB tu bincang lah sendiri siapa yg sesuai

  3. Kerajaan PH peringkat Federal adakah TERBAIK.. justeru peringkat Negeri juga perlu bersama dgn federal supaya mudah berinteraksi serta federal dpt membantu kerajaan negeri. Tok Mat banyak pengalaman dan seharusnya layak jadi MB N9 yg baru. Semoga berjaya tubuh kerajaan PN N9.

Terkini

Sze Fei-Nur Izzuddin hidup peluang di Jelajah Dunia Akhir BWF

BEREGU lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menghidupkan peluang ke separuh akhir Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton...

Lagi Artikel Berkaitan