31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Usul Tun M terhadap Muhyiddin tidak disentuh

Mesti Baca

HASRAT bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melihat Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan sebagai Perdana Menteri belum kesampaian apabila usul undi tidak percayanya terhadap Ahli Parlimen Pagoh itu tidak akan disentuh dalam sidang Dewan Rakyat, minggu depan.

Walaupun Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof menerima usul yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Langkawi itu tetapi kerajaan menetapkan hanya urusan Titah Yang di-Pertuan Agong sahaja yang akan disentuh dalam sidang selama sehari itu.

Pembukaan Majlis Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 itu akan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Memetik laporan Bernama, Mohamad Ariff berkata, beliau telah menerima surat pemakluman ditandatangani Perdana Menteri sebagai Ketua Majlis bahawa pihak kerajaan memutuskan majlis itu yang akan berlangsung selama sehari, dipinda dengan urusan mesyuarat berkenaan.

Katanya, perkara itu adalah disebabkan penularan wabak COVID-19 dalam negara yang masih belum reda sepenuhnya.

Menurut beliau Titah Diraja itu bermula pada pukul 10 pagi dengan Dewan Rakyat dan Dewan Negara bersidang serentak.

“Tiada sidang selepas Titah Diraja,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Advertisements

Pindaan itu adalah selaras dengan Peraturan 11 (2) dan 15 (2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Mohamad Ariff berkata Setiausaha Dewan Rakyat, Riduan Rahmat akan mengeluarkan notis baru majlis persidangan Dewan Rakyat kepada semua ahli dewan.

Baru-baru ini Mohamad Ariff menerima usul Dr Mahathir untuk mengemukakan undi tidak percaya terhadap Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Beliau telah membalas notis yang dihantar bekas Perdana Menteri Keempat dan Ketujuh itu dengan memaklumkan usul tersebut di bawah Perkara 27 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Satu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 27 (3) yang membangkitkan iaitu: Mengemukakan resolusi untuk membuat ketetapan bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebagai ahli yang berhormat Pagoh tidak mempunyai majoriti ahli-ahli yang berhormat Dewan Rakyat.

“…usul di bawah Peraturan Mesyuarat 27 (3) diterima untuk dibawa ke mesyuarat Dewan Rakyat kelak,” katanya pada suatu kenyataan hari ini seperi dilapor MalaysiaKini 8 Mei lalu.

Dengan keputusan terbaharu itu, bermakna segala perbahasan usul termasuk usul yang dikemukakan oleh Dr Mahathir tidak akan disentuh dalam sidang dewan kali ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan