26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Umum

Selepas NS dan Selangor, Pulau Pinang pula tarik gelaran Najib

YANG Dipertua Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak bersetuju menarik balik keahlian Darjah Utama Pangkuan Negeri (D.U.P.N.) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkuat kuasa hari ini. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan),...

Jasa mendiang akan terus dikenang – PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga mendiang di atas pemergian mantan Presiden MIC, Tun S. Samy Vellu. Ismail Sabri berkata, pagi ini beliau menerima berita sedih tentang pemergian Tun S. Samy Vellu, mantan...

Dakwaan SPR paksa guru hadir taklimat petugas PRU-15 disiasat

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) akan menyiasat satu dakwaan kononnya guru-guru di sebuah sekolah menengah di Kajang, Selangor ‘dipaksa’ menghadiri taklimat petugas pilihan raya umum (PRU) ketika sesi persekolahan baru-baru ini. Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, beliau baharu sahaja...

Malaysia lepasi pulangan perdagangan dan pelaburan di Ekspo 2020 Dubai

MALAYSIA melepasi sasaran pulangan perdagangan dan pelaburan dalam tempoh enam bulan penyertaan Ekspo 2020 Dubai dengan sebanyak tujuh kali ganda potensi perdagangan dan pelaburan dicatatkan membabitkan jumlah keseluruhan RM77.25 bilion. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kejayaan ini...

Tasik Kenyir dijangka diisytihar sebagai Taman Geo tahun depan

KERAJAAN Terengganu berharap hasrat menjadikan Tasik Kenyir sebagai Taman Geo dapat direalisasikan tahun depan, kata Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Sulaiman Sulong. Sulaiman berkata, kerajaan negeri dengan kerjasama beberapa agensi sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk menyiapkan dokumen...

KKM dituntut beri penjelasan status kesihatan Najib – Puad

AHLI Majlis Kerja tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menuntut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi penjelasan yang lebih telus berhubung status kesihatan Datuk Seri Najib Razak. Dalam masa sama, Mohd Puad turut mempersoalkan, apa status kesihatan bekas...

Samy Vellu meninggal dunia pada usia 86 tahun

BEKAS Menteri Kerja Raya,Tun Dr S Samy Vellu  meninggal dunia awal pagi tadi. Difahamkan bekas Presiden MIC itu meninggal dunia di kediamannya di ibu negara pada usia 86 tahun. Perkara itu disahkan bekas Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam dalam...

Raih pingat sukan Para Asean, bukti MBPK berbakat – Radzi Jidin

KEJAYAAN Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) dalam meraih empat pingat emas dan satu perak menerusi acara renang pada Sukan Para ASEAN di Indonesia baru-baru ini membuktikan bakat dan potensi MBPK adalah setanding. Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, atlet MBPK...

Agong, Permaisuri hadiri pengebumian Ratu Elizabeth II

AL-SULTAN Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli ke upacara pengebumian Ratu Elizabeth II di Wisminster Abbey, London pada 19 September ini. Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, baginda berdua akan mewakili negara...

Harga petrol RON97 turun lima sen, RON95 dan diesel kekal

HARGA runcit petrol RON97 akan turun lima sen daripada RM4.20 kepada RM4.15 seliter manakala RON95 dan diesel tidak berubah bermula esok hingga 21 September ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini berkata, bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak global,...

Popular

Apa itu sekolah vernakular? Sejarahnya… (Bahagian 1)

Oleh: ANUAR AHMAD ISU sekolah vernakular di negara ini tidak pernah selesai sejak tahun 1950. 'Krisis' pertama isu sekolah vernakular...