26.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, February 7, 2023

KKM dituntut beri penjelasan status kesihatan Najib – Puad

Najib wajar diberi hak perubatan sewajarnya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sendiri sudah mengarahkan supaya Ahli Parlimen Pekan itu menerima rawatan terbaik.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AHLI Majlis Kerja tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menuntut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi penjelasan yang lebih telus berhubung status kesihatan Datuk Seri Najib Razak.

Dalam masa sama, Mohd Puad turut mempersoalkan, apa status kesihatan bekas Perdana Menteri itu?

“Diharap Kementerian Kesihatan dan Ketua Pengarah Kesihatan tampil memberikan penjelasan yang lebih telus. Macam-macam yang didengar,”katanya menerusi hantaran di Facebook.

Katanya, Najib wajar diberi hak perubatan sewajarnya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sendiri sudah mengarahkan supaya Ahli Parlimen Pekan itu menerima rawatan terbaik.

“Najib bukan minta keistimewaan. Tetapi hak perubataan tidak boleh dikrompomikan. (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dibenarkan duduk lama di HUKM. Dia juga dibenarkan dapat rawatan pakar dari German.

Baca juga:   Dikompaun RM5,000 rentas negeri melancong ke Pulau Redang

Mohd Puad turut menggesa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) memantau dan menyiasat layanan yang diberikan terhadap bekas Perdana Menteri itu.

“Najib diberi ubat bukan original tetapi jenis generik padahal Najib sanggup tanggung kos beli ubat. Katanya wad tidak bertingkap. Najib sukar tentukan waktu solat kerana tiada jam dinding.

“(Peguam) Gopal Seri Ram beritahu Mahkamah, kesihatan Najib amat teruk. Perbicaraan disingkatkan separuh hari. Mereka yang hadir di Mahkamah sedih melihat fizikal Najib.

“PM keluar arahan agar Najib diberi rawatan terbaik. Semoga jangan ada yang memandai supaya Najib dilayan seperti banduan Guantanamo. Suhakam wajar siasat dan pantau,” katanya.

Baca juga:   Dikompaun RM5,000 rentas negeri melancong ke Pulau Redang

Semalam media melaporkan, Najib yang sebelum ini dilaporkan mengalami masalah tekanan darah, masih lagi menerima rawatan dan menjalani beberapa ujian kesihatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL). – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Elemen amanah, keyakinan perlu diterap dalam pasukan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kepada jemaah menteri dan penjawat awam untuk bekerja sebagai satu pasukan yang...

Lagi Artikel Berkaitan