BEKAS Menteri Kerja Raya,Tun Dr S Samy Vellu meninggal dunia awal pagi tadi.
Difahamkan bekas Presiden MIC itu meninggal dunia di kediamannya di ibu negara pada usia 86 tahun.
Perkara itu disahkan bekas Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam dalam satu kenyataan di Facebook beliau sebentar tadi.
“Dengan rasa sedih dan pilu, saya menerima berita pemergian Tun Samy Vellu, bekas Presiden MIC dan menteri legenda dalam Kabinet Malaysia daripada anaknya Datuk Seri Vell Paari.
“Bagi kebanyakan daripada kita, dia adalah mentor utama. Sumbangan beliau kepada negara dan masyarakat India akan kekal dalam ingatan kami.
“Takziah kepada keluarga atas kematiannya,”katanya.- Edisi 9