25 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 1, 2022

Jasa mendiang akan terus dikenang – PM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga mendiang di atas pemergian mantan Presiden MIC, Tun S. Samy Vellu.

Ismail Sabri berkata, pagi ini beliau menerima berita sedih tentang pemergian Tun S. Samy Vellu, mantan Presiden MIC dan juga bekas menteri Kabinet yang paling lama berkhidmat.

“Mendiang bermula sebagai Menteri Kerja Raya pada 1979-1989 dan 1995-2008. Mendiang juga menjadi Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos dari 1989-1995.

“Mendiang banyak memainkan peranan dalam pembangunan rangkaian jalan raya dalam negara.

“Tun Samy Vellu merupakan pejuang dan bapa penyatuan masyarakat kaum India serta menjadi mentor kepada pemimpin MIC sepanjang dan selepas kepimpinannya.

“Banyak sumbangan yang ditaburkannya kepada negara dan masyarakat India seperti penubuhan MIED, Universiti Aimst dan Kolej Tafe yang membantu meningkatkan kehidupan masyarakat itu di negara ini.

Baca juga:   Tiada kematian COVID-19 di Labuan dan Putrajaya

“Saya mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga mendiang. Jasa beliau akan terus dikenang,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau. – Edisi 9

Terkini

MKT UMNO putuskan PRU-15 mesti diadakan tahun ini

MAJLIS Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini memutuskan agar pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan Pilihan...

Lagi Artikel Berkaitan