24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Dakwaan SPR paksa guru hadir taklimat petugas PRU-15 disiasat

KPM sentiasa bekerjasama dengan SPR dan jika perlu, waktu taklimat diperincikan bagi memastikan tugas hakiki guru tidak tergangggu.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) akan menyiasat satu dakwaan kononnya guru-guru di sebuah sekolah menengah di Kajang, Selangor ‘dipaksa’ menghadiri taklimat petugas pilihan raya umum (PRU) ketika sesi persekolahan baru-baru ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, beliau baharu sahaja dimaklumkan mengenai perkara itu dan akan mendapatkan maklumat lanjut mengenainya.

Menurut beliau, pihaknya merasakan SPR cukup faham dengan tugas dan tanggungjawab guru di sekolah.

“Jika dibuat taklimat panggil dan panggil semua guru, siapa nak jaga anak-anak kita di sekolah.

“Secara umumnya, SPR faham bahawa kalau guru bertugas pada waktu berkenaan, maka keutamaan harus diberikan kepada guru untukk bertugas dan mengajar,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Program Pengukuhan Sukan Sepak Takraw di Putrajaya, hari ini.

Advertisements

Radzi berkata, KPM sentiasa bekerjasama dengan SPR dan jika perlu, waktu taklimat diperincikan bagi memastikan tugas hakiki guru tidak tergangggu.

Menurutnya, jika taklimat itu diadakan pada hari sesi persekolahan, ia mestilah dilakukan selepas waktu persekolahan atau libatkan guru yang tidak bertugas dan pentadbir sekolah sahaja.

Sebelum ini, media melaporkan keluhan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Reko, Muhamad Nasron Muhamad Nasir yang mendakwa guru dipaksa menghadiri taklimat petugas PRU ketika waktu persekolahan.

Muhamad Nasron mendakwa taklimat itu diadakan pada Isnin lalu dan majoriti guru tidak dapat mengajar pada hari berkenaan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan