33 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 14, 2024

ADUN Belantek meninggal dunia

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

AHLI Dewan Undangan (ADUN) Belantek, Datuk Mohd. Isa Shafie meninggal dunia pada pukul 11.23 malam tadi di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, Kedah.

Khabar sedih itu dikongsikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menerusi hantaran di Facebook.

“Berita Kematian Datuk Ustaz Mohd. Isa Shafie (ADUN Belantek). Saya menerima berita bahawa YB Dato’ telah meninggal dunia lebih kurang pukul 11.23 malam tadi di Hospital Sultan Abdul Halim, Sg Petani.

“Salam Takziah buat seluruh ahli keluarga,” kata Muhammad Sanusi yang juga merupakan Yang Dipertua Pas Sik.

Advertisements

Mohd. Isa sebelum ini dimasukkan ke Hospital Sik kerana mengalami jangkitan kuman pada pau-paru, jantung dan buah pinggang.

Beliau yang berusia 69 tahun kemudiannya dipindahkan ke HSAH dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan di tempatkan dalam unit rawatan rapi (ICU).

Mohd. Isa menyandang jawatan ADUN Belantik selama tiga penggal dan menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu selepas menewaskan calon Barisan Nasional dan Pakatan Harapan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

RM15.11 bilion untuk biayai 270 program keusahawanan – Zahid

KERAJAAN akan membelanjakan sebanyak RM15.11 bilion bagi melaksanakan 270 program keusahawanan dan memanfaatkan 479,350 usahawan, kata Timbalan Perdana Menteri,...

Lagi Artikel Berkaitan