30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Ranking bukan gambaran sebenar kualiti sekolah

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

Oleh MOHD FAUZI FADZIL

KEPUTUSAN Kementerian Pendidikan (KPM) untuk tidak mengeluarkan sebarang ranking sekolah terbaik di negara ini berdasarkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2023 adalah tindakan yang dipuji oleh Majlis Belia Malaysia (MBM).

Ranking tersebut yang disusun berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) tidak mampu menggambarkan tahap kualiti sebenar pentadbiran dan guru-guru di Malaysia.

Perkara ini telah dibincangkan secara mendalam dalam wacana Pembangunan Belia bahawa perkembangan belia tidak berlaku secara satu lapis.

Perkembangan belia sebenarnya melibatkan beberapa lapisan yang memerlukan penglibatan positif keluarga, masyarakat setempat dan pemerintah.

Keadilan tidak akan wujud jika kelemahan sesebuah sekolah untuk mencapai GPS yang tinggi berdasarkan keputusan SPM dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada pihak pentadbiran sekolah dan guru-guru sahaja.

Masyarakat Malaysia secara umum perlu mengambil tanggungjawab terhadap pencapaian 403 637 orang calon SPM pada tahun ini, tenaga pentadbiran dan pengajar sekolah telah melaksanakan tanggungjawab mereka namun adakah kita semua sebagai anggota masyarakat telah melaksanakan tanggungjawab kita?

Arahan YB Fadhlina Binti Sidek selaku Menteri Pendidikan yang mahu kemajuan pelajar-pelajar yang bakal menduduki SPM dibantu melalui pengkukuhan eko-sistem penglibatan ibu bapa, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Pihak Swasta (PIBKS) adalah tepat.

Penglibatan masyarakat untuk membantu meningkatkan pencapai calon-calon SPM perlulah dilakukan secara tersusun melalui penglibatan organisasi sosial dan kemasyarakatan (NGO).

Advertisements

Masyarakat di luar ‘pagar’ sekolah mempunyai pelbagai sumber dan jaringan yang mampu dimanfaatkan oleh calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan SPM, manfaat daripada NGO-NGO mampu membangunkan pelajar yang tidak terhad kepada pencapaian akademik malah kualiti sebagai anggota masyarakat yang berguna.

MBM merupakan salahsatu daripada NGO di Malaysia di mana pihak pentadbiran sekolah boleh manfaatkan untuk mambangunkan pelajar-pelajar mereka.

Pencapaian akademik yang baik perlu dimulakan dengan fizikal, otak dan tingkahlaku yang sihat.

Tenaga pengajar yang ada di sekolah mempunyai batasan dari segi masa dan dana untuk mencapai maksud tersebut, namun MBM yang mendapat sokongan penuh daripada pihak kerajaan dan masyarakat mampu merealisasikan usaha untuk meningkatkan pencapaian para pelajar.

Namun peningkatan pencapaian akademik sekali lagi tidak akan menjamin kecemerlangan masa depan para pelajar jika mereka terus hanyut dalam persaingan ranking.

Sifat tersebut akan terus di bawa sehingga ke alam dewasa, apabila wujud sebarang masalah atau halangan maka golongan pelajar yang sudah menginjak ke alam dewasa akan mula menuding jari dan menyalahkan pihak lain.

Sifat ini perlu mula dihapuskan pada zaman Malaysia Madani, sebuah masyarakat yang bertamadun tidak akan terus-menerus mengamalkan sikap menyalahkan orang lain untuk sesebuah masalah.

Masyarakat Madani akan cuba sedaya-upaya untuk menyumbang kepada kecemerlangan generasi belia yang bakal membentuk ketamadunan tinggi pada masa hadapan.


Penulis adalah Timbalan Pengerusi Biro Pendidikan Majlis Belia Malaysia.

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan