Friday, June 5, 2026

Pemandu parah, sembilan cedera bas rempuh tiga kenderaan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEMANDU bas parah manakala sembilan cedera ringan selepas bas kilang dinaiki merempuh tiga kenderaan lain dalam kejadian yang berlaku di susur keluar Lebuh Raya Shah Alam, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Muhammadul Ehsan Mohd. Zain berkata, berdasarkan maklumat bas itu dipandu lelaki berusia 48 tahun dan membawa 40 pekerja kilang.

Katanya, lapan anggota termasuk pegawai dari balai bomba dan penyelamat Pelabuhan Klang telah bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 8 pagi.

“Setiba di lokasi kejadian, didapati bas itu merempuh bas kilang lain dan dua kereta di hadapannya.

“Akibat kemalangan itu, pemandu bas kilang tersepit dan patah paha kanan.

“Pihak bomba berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit kira-kira pukul 8.25 pagi menggunakan peralatan khas,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, katanya, terdapat sembilan lagi mangsa merupakan pekerja warga asing cedera ringan.

Tambah Muhammadul Ehsan, pemandu bagi tiga kenderaan lain pula tidak mengalami kecederaan.

“Kesemua mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk rawatan lanjut,” jelasnya. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan