31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

UMNO lancar Tabung Pendidikan Melayu

Mesti Baca

UMNO hari ini melancarkan Tabung Pendidikan Melayu dengan sasaran jumlah dana sebanyak RM10 juta dalam tempoh setahun.

Pengerusi Sekretariat Pendidikan dan Penyelidikan UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, tabung itu bagi memberikan bantuan one-off pendidikan, bantuan kecemasan pendidikan serta anugerah kecemerlangan pendidikan.

Beliau berkata, pihaknya mensasarkan setiap daripada 3.4 juta ahli UMNO dapat menyumbang minimum RM10 setahun kepada tabung tersebut.

“Tabung Pendidikan Melayu (TPM) adalah satu lagi agenda Melayu yang membuktikan UMNO parti yang realistik.

“UMNO bukan parti retorik seperti retorik Kongres Maruah Bangsa dan Proklamasi Orang Melayu yang kedua-duanya ditaja oleh Tun M (Dr Mahathir Mohamad),” katanya hari ini.

Tabung Pendidikan Melayu itu dilancarkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas Majlis Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini.

Advertisements
Para perwakilan UMNO yang menghadiri majlis Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2023 di WTC Kuala Lumpur.

Hadir sama Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Mohd Puad yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO berkata, tabung tersebut akan diurus oleh Lembaga Pengarah dalam kalangan mereka yang berwibawa dan diaudit oleh juruaudit bertauliah.

“Sumbangan RM10 itu umpama pengabsahan keahlian UMNO dan pembaruan tekad ahli UMNO kepada kebangkitan perjuangan UMNO.

“Ayuh ahli UMNO kita bangkit meneruskan tradisi membela rakyat,” katanya.

Ahli-ahli UMNO serta orang ramai boleh menghulurkan sumbangan dengan membuat pindahan ke akaun CIMB: 8605-5696-76 atas nama Tabung Pendidikan Melayu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Oppa’ adaptasi kisah guru jadi mangsa ‘Love Scam’

TIDAK dinafikan kes yang membabitkan jenayah scam sememangnya cukup serius sehingga mangsa ditipu dan mengalami kerugian dari segi wang ringgit. Kejadian...

Lagi Artikel Berkaitan