28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Ada kluster gantung dan pecat, ingin UMNO ‘bungkus’

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi mendakwa terdapat kluster gantung dan pecat dalam UMNO yang mahu melihat parti itu tumbang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Beliau berkata, kumpulan terbabit adalah bekas pemimpin dan ahli parti yang sengaja mahu melihat UMNO musnah agar mudah bagi mereka kembali menguasai parti itu.

“UMNO ada kluster gantung dan pecat. Mereka makin lantang menghentam UMNO.

“Kluster ini tidak berani tubuh parti baharu. Mereka tumpang rumah orang lain. Annuar Musa (Tan Sri Annuar Musa) pilih Pas. Mereka ini mahu ranapkan UMNO. Bolehlah politik mereka terus hidup.

Advertisements

“Ada yang tidak mahu menumpang. Mereka hanya mahu UMNO kalah teruk dalam enam PRN (pilihan raya negeri). Negeri ini bukan milik UMNO. Mereka hanya mahu Zahid (Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) lemah. Senang mereka masuk balik dan menguasai UMNO,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang mendakwa parti itu akan ‘bungkus’ pada PRN di enam negeri.

Khairy berkata demikian sebagai respons kepada Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang membidas ‘jemputan sinis’ Zahid dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki kepada ahli yang dipecat dan digantung untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

Hishammuddin berkata, tindakan sebegitu tidak membantu langsung usaha memulihkan kedudukan parti dalam memenangi hati ahli-ahli di akar umbi kerana mereka mahukan UMNO yang asal. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan