28.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

SKMM, Jakim kekang video ajaran sesat

SKMM sentiasa bersedia untuk memberi bantuan teknikal berdasarkan permohonan daripada pihak Jakim

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi menangani penyebaran video berunsur ajaran sesat di negara ini.

SKMM memaklumkan, tindakan tidak bertanggungjawab itu akan diatasi sebaiknya termasuk penyebaran video dari negara jiran yang tular di media sosial.

“Sebarang aduan berhubung penyebaran kandungan berunsur ajaran sesat yang diterima oleh SKMM daripada mana-mana pihak akan dirujuk kepada Jakim untuk penilaian lanjut.

“Malah pada masa yang sama, pihak SKMM sentiasa bersedia untuk memberi bantuan teknikal berdasarkan permohonan daripada pihak Jakim,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Sebelum ini, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) memantau serta menyekat penyebaran sebarang video berunsur ajaran sesat termasuk dari negara jiran yang tular di media sosial.

Menterinya, Fahmi Fadzil menegaskan, SKMM akan bekerjasama dengan Jakim serta majlis-majlis agama negeri dalam usaha mengenal pasti dan mengekang penularan bahan seumpama itu.

Katanya, kerajaan akan memastikan bukan sahaja penularan disekat, tetapi mereka yang terbabit dalam penularan itu juga boleh diambil tindakan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan