26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Kelantan FC catat kekalahan kelapan berturut-turut

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KELANTAN FC terus dirundung malang apabila merekodkan kekalahan kelapan berturut-turut dalam aksi liga selepas tewas kepada pasukan ‘adik’, Kelantan United 4-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV malam tadi.

Kemenangan itu melonjakkan Kelantan United ke tangga ke-12 sementara The Red Warriors terjerumus ke dasar liga.

Dalam aksi di Kota Bharu malam tadi, Kelantan United yang turun selaku tuan rumah mendahului pada minit ke-22 menerusi David Silva.

Gol itu berpunca selepas bola tepisan penjaga gol, Irfan Haikal terkena tiang sebelum bola melantun di depan Silva dan kemudiannya disudahkan pemain import itu untuk gol pertama tuan rumah.

Advertisements

Kelantan United terus garang apabila memperoleh gol kedua hanya empat minit berselang dan kali ini giliran Jose Elmer ‘OJ’ Porteria pula meletak nama sebagai penjaring.

The Red Warriors bagaimanapun merapatkan jurang pada minit keempat waktu kecederaan babak pertama menerusi sepakan penalti Ismaheel Akinade.

Kelantan United meledak gol ketiga pada minit ke-61, sekali lagi menerusi jaringan pemain import dari Filipina, OJ Poteria dalam aksi yang berlangsung dalam suasana hujan lebat itu.

Pada minit ke-66 menyaksikan pemain sayap, Syazwan Zainon meledak gol keempat tuan rumah untuk menjadikan kedudukan 4-1 dan keputusan itu kekal sehingga tamat perlawanan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan