Tuesday, July 21, 2026

Program Pengakuan Sukarela dilaksana semula bermula 6 Jun

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN akan melaksanakan semula Program Pengakuan Sukarela (PKS) sebagai salah satu inisiatif bagi memperluaskan bilangan pembayar cukai, meningkatkan tahap pematuhan cukai dan meningkatkan hasil negara.

Kementerian Kewangan (MOF) berkata, pelaksanaan program itu selaras dengan pengumuman yang telah dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2023

“PKS memberi peluang kepada orang ramai untuk secara sukarela membayar cukai yang bertanggungan tanpa sebarang penalti atau pada kadar sifar peratus.

“Ia akan dilaksanakan Jabatan Kastam Di Raja Malaysia (JKDM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) mulai 6 Jun hingga 31 Mei ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu, MOF berkata, butiran lanjut dan terperinci mengenai pelaksanaan PKS boleh didapati melalui laman sesawang rasmi JKDM dan LHDNM. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan