26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Luton dipromosi ke EPL selepas singkir Coventry

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SELEPAS menempuh satu perjalanan panjang sejak 31 tahun lalu beraksi di kejohanan tertinggi Inggeris, kelab kerdil, Luton Town layak ke Liga Perdana Inggeris (EPL).

Kejayaan itu diperoleh selepas menewaskan Coventry City 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti susulan keputusan 120 minit perlawanan termasuk 30 minit masa tambahan berakhir dengan keputusan 1-1.

Dalam aksi di Stadium Wembley awal pagi tadi, Jordan Clark membuka jaringan buat Luton pada minit ke-23 apabila menyempurnakan hantaran Elijah Adebayo.

Coventry bangkit menyamakan kedudukan pada babak kedua menerusi jaringan Gutsavo Hamer pada minit ke-66.

Advertisements

Tiada tambahan jaringan dihasilkan sepanjang 90 minit dan tambahan masa 30 minit juga menyaksikan keputusan kekal 1-1 dan mengheret kepada penentuan sepakan penalti.

Malang buat Frankaty Dabo apabila sepakan yang diambilnya tinggi melepasi palang sekali gus menghadiahkan slot EPL kepada Luton.

Kejayaan Luton mara ke EPL menyaksikan kelab itu memperoleh RM613.5 juta dan bakal bersaing bersama kelab elit seperti Manchester City, Liverpool, Manchester United dan Chelsea.

Namun, stadium Luton, Kenilworth Road menjadi bahan jenaka di media sosial kerana keadaanya yang uzur dan bersaiz kecil yang hanya mampu memuatkan sebanyak 10,356 penonton sahaja. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan