28.2 C
Kuala Lumpur
Monday, May 20, 2024

Inter ke final UCL selepas 13 tahun

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

INTER MILAN seperti dijangka tidak berdepan masalah untuk mara ke final Liga Juara Juara Eropah (UCL) selepas menundukkan kelab setempat, AC Milan 1-0 di San Siro awal pagi tadi.

Keputusan tipis yang dicatat dalam derbi Della Madonnia itu memastikan Inter layak ke perlawanan akhir yang akan diadakan di Istanbul, Turkiye dengan agregat 3-0.

Ini merupakan kali pertama dalam tempoh 13 tahun skuad Nerazzzurri layak ke final selepas kali terakhir melakukannya pada musim 2009-10 yang menyaksikan mereka muncul juara selepas menewaskan Bayern Munich.

Aksi di San Siro awal pagi tadi menyaksikan Inter yang dibimbing Simone Inzaghi menerapkan disiplin bertahan yang tinggi dan berjaya mengekang asakan Milan.

Penyerang, Brahim Diaz terlepas peluang keemasan untuk meletakkan Rossionerri di depan pada minit ke-11 apabila percubaannya diselamatkan Andre Onana.

Advertisements

Rafael Leao turut terlepas peluang buat Milan apabila berjaya membawa masuk bola melepasi kawalan Matteo Darmian namun percubaannya sipi di sebelah kiri gawang Inter.

Seminit kemudian, giliran Inter menguji ketangkasan Mike Maignan di gawang Milan menerusi tandukan Lautaro Martinez namun penjaga gol itu bertindak cemerlang menafikan percubaan tersebut.

Gol yang dicari-cari Inter muncul pada minit ke-74 menerusi jaringan Martinez apabila penyerang Argentina itu melepaskan satu rembatan kencang di depan gawang selepas menerima hantaran Romelu Lukaku.

Inter bakal bertemu pemenang di antara Manchester City dan Real Madrid di final  yang mana kedua-dua pasukan itu akan turun beraksi untuk separuh akhir kedua awal pagi esok. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan