27.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Suspek lempar objek seperti bom diburu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG individu diburu polis kerana disyaki melempar objek seperti bom di sebuah restoran di Jalan Abdul Samad, Johor Bahru awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 4.15 pagi.

Menurut beliau, dua video berhubung kejadian tersebut turut tular di media sosial.

“Pengadu seorang lelaki berusia 35 tahun memaklumkan telah mendengar bunyi letupan kuat sehingga beberapa cermin tingkap premisnya pecah.

Advertisements

“Hasil semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati sebuah kereta berwarna gelap telah berhenti di pagar premis tersebut sebelum seorang individu keluar dan melempar satu objek ke tempat kejadian,”katanya dalam kenyataan, di sini.

Tambah beliau, walaupun tiada sebarang kecederaan dilaporkan, namun objek dibaling suspek telah menyebabkan empat cermin tingkap premis perniagaan itu pecah.

“Polis masih menjalankan siasatan Seksyen 435 kanun keseksaan untuk mengenal pasti pelaku.

“Sementara itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut boleh hubungi talian hotline IPD JBS 07-2182323 atau menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Nik Mohamad Amirul Fikrie di talian 011-35202900,” jelasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas Akhyar disamun, Faisal Halim pula disimbah asid

BARU beberapa hari lepas pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid diserang dan disamun di Kuala Terengganu, hari ini Faisal...

Lagi Artikel Berkaitan