28.9 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Pegawai bomba maut disyaki langgar kerbau

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG pegawai bomba dilaporkan maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai terlanggar seekor kerbau di Kampung Purun, Kuala Penyu, malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Beaufort DSP Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata mangsa, Mohd Haziq Abdul Jalil, 32, yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Penyu pada 11.30 malam.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan kira-kira 8.40 malam itu berlaku ketika mangsa menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Tidong, Kuala Penyu.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai terlanggar seekor kerbau yang berada di atas jalan dan menyebabkannya terjatuh ke atas jalan raya,” katanya hari ini.

Advertisements

Beliau berkata, Mohd Haziq kemudian dihantar ke Hospital Kuala Penyu dengan ambulans, namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan akibat cedera parah di bahagian kepala dan badan.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu pada 10.30 malam.

“Empat anggota bomba digegaskan ke lokasi kejadian dan apabila tiba, pihak operasi dimaklumkan terdapat seorang mangsa terlibat iaitu anggota BBP Kimanis telah ditemukan orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Penyu oleh ambulans sebelum ketibaan pasukan bomba. Operasi kemudian ditamatkan pada 11.40 malam,” katanya.— BERNAMA

Advertisements

Terkini

Lakukan ‘total cleansing’ kumpulan ajaran sesat, ekstrem agama

PIHAK berkuasa termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) digesa melakukan total cleansing (sapu bersih) terhadap kumpulan ajaran sesat dan...

Lagi Artikel Berkaitan