26.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Ahli Parlimen Batu Sapi meninggal dunia

Mesti Baca

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong meninggal dunia kira-kira pukul 11.50 pagi tadi.

Mendiang yang berusia 60 tahun menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Gleanegles Kota Kinabalu.

Perkara itu disahkan pegawai beliau kepada Astro AWANI.

Liew yang merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen) sebelum ini menerima rawatan di hospital tersebut kerana jangkitan kuman di paru-paru.

Menurut pegawai mendiang yang ditemui di pekarangan hospital itu, sekitar pukul 8 pagi tadi, kadar oksigen Liew masih stabil.

“Namun, tahap kesihatannya semakin merosot dan disahkan meninggal dunia oleh doktor yang merawat beliau,” katanya, hari ini.Mendiang akan dibawa ke kediamannya di Likas untuk upacara seterusnya.

Advertisements

Sementara itu, memetik Harian Metro, ahli keluarga mendiang sebelum ini memohon diberikan ruang serta privasi berkaitan keadaan kesihatan bekas menteri berkenaan.

Menurut sumber, hanya pihak keluarga akan memberikan sebarang kenyataan apabila tiba waktu yang bersesuaian.

“Sekiranya hal berkaitan dengan Datuk VK, keluarga akan membuat kenyataan rasmi mengenai perkara berkenaan pada waktu yang sesuai.

“Hingga saat ini kami berharap privasi mereka dapat dihormati,” katanya.

Berita mengenai kesihatan mendiang mula diperkatakan selepas terdapat beberapa pesanan di laman sosial yang meminta orang awam mendoakan Liew yang didakwa berada dalam keadaan kritikal akibat jangkitan paru-paru.

Liew yang juga Pengerusi Tetap Parti Warisan Sabah tidak kelihatan sejak pengumuman calon parti itu untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kira-kira dua minggu lalu.

Advertisements

Terkini

Agamawan perlu hormati bidang kepakaran dan autoriti hukum

Oleh PROF MADYA DR MOHD ANUAR RAMLI MUTAKHIR ini timbul pelbagai isu berkaitan persoalan hukum dan melibatkan para agamawan. Para agamawan...

Lagi Artikel Berkaitan