27.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Operasi pembenihan awan bergantung permohonan kerajaan negeri

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEPERLUAN operasi pembenihan awan bergantung kepada permohonan yang dilakukan oleh kerajaan negeri.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, apabila perkara itu dibangkitkan oleh kerajaan negeri, pihaknya akan terus membantu mengikut mekanisme yang ditentukan.

“Untuk proses pembenihan awam, ia dilakukan bila ada keperluan sebagai contoh di Pulang Pinang.

Advertisements

“Kalau ada keperluan, kita akan aturkan kerana ia ada mekanisme tertentu,”katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program ‘Townhall’ MADANI bersama Mahasiswa dan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Machang, hari ini.

Pada 2 Mei lepas, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjalankan Operasi Pembenihan Awan di kawasan tadahan Empangan Teluk Bahang serta Empangan Teluk Air Itam di Pulau Pinang yang turut melibatkan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara dan kerajaan Pulau Pinang. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan