27.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 26, 2023

Polis tolak dakwaan ada unsur mistik

Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun itu mengetahui fungsi pedal minyak dan gear kereta yang dipandunya

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS menolak dakwaan terdapat unsur mistik dalam kejadian kanak-kanak lelaki berusia enam tahun memandu kereta milik keluarganya sebelum terbabit dalam kemalangan di Jalan Kampung Bukit Tangga, Langkawi, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Langkawi Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, berdasarkan siasatan, kanak-kanak itu mengetahui fungsi pedal minyak dan gear kereta yang dipandunya.

“Kanak-kanak itu juga menunjukkan cara menghidupkan enjin apabila disuruh oleh pihak polis serta juga telah menunjukkan bagaimana dia menurunkan brek tangan dan memandu kereta itu.

“Pemeriksaan kamera papan pemuka juga mendapati pemanduan kereta itu tidak stabil dan sedikit memasuki laluan bertentangan. Jadi, polis menolak sebarang unsur mistik seperti yang telah ditularkan di laman media sosial,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Shariman berkata, kanak-kanak itu telah dibawa ke Balai Polis Trafik Langkawi oleh ibu bapanya yang datang ke balai berkenaan untuk memberi keterangan berhubung kejadian itu.

Semalam, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di Langkawi dikesan memandu Toyota Vios sejauh kira-kira 2.5 kilometer sebelum melanggar tiang lampu.

Kanak-kanak itu luka di bahagian dagu manakala adiknya yang turut menaiki kenderaan itu tidak mengalami sebarang kecederaan. – Edisi 9

Terkini

McDonald’s tawar pengajian diploma kepada 18 alumni perantis

MCDONALD'S Malaysia buat julung kalinya menawarkan program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM Tahap 4) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM...

Lagi Artikel Berkaitan